saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 03/05/2011

PM: Dapat pulih imej Islam

KUALA LUMPUR 2 Mei – Datuk Seri Najib Tun Razak berharap kematian pengasas al-Qaeda, Osama bin Laden yang terbunuh dalam satu serangan tentera Amerika Syarikat (AS) hari ini akan membuatkan dunia menjadi lebih aman, selamat dan adil.

Perdana Menteri juga berharap kematian Osama akan dapat memulihkan semula nama baik Islam yang tercalar ekoran imej negatif dibawa oleh pengasas al-Qaeda itu.

Beliau bagaimanapun mengingatkan kepada semua pihak bahawa meskipun kematian Osama memberi tamparan hebat kepada al-Qaeda, namun itu tidak bermakna pergerakan tersebut akan terkubur sama sekali sebaliknya ia tetap boleh disusun serta digerakkan semula.

“Kita tidak boleh anggap segala-galanya telah tamat ekoran kematian Osama tetapi jelas kehilangannya merupakan satu kehilangan bagi pihak al-Qaeda terutama dari segi kekuatan kepada pergerakan itu.

“Di peringkat negara pula tiada tanda pergerakan al-Qaeda wujud. Namun begitu pihak polis akan terus berada dalam keadaan berjaga-jaga termasuk mengesan jika ada apa-apa tindakan daripada mana-mana pihak untuk menunjukkan simpati kepada kematian Osama,’’ katanya.

Beliau bercakap pemberita selepas melancarkan rumah terbuka Hari Vaisakhi di Dataran Merdeka di sini hari ini.

Najib mengulas laporan bahawa pemimpin al-Qaeda, Osama maut dalam satu pertempuran dengan tentera AS di Pakistan dan jenazahnya kini dilapor berada dalam simpanan AS seperti yang diumumkan oleh Presiden Barack Obama hari ini.

Dalam pada itu Najib berkata, selama ini Osama telah menggunakan Islam yang akhirnya memberi gambaran yang buruk terhadap agama suci itu.

“Sebab itulah sebagai negara di mana majoritinya umat Islam kita kena menunjukkan pendirian kita bahawa dalam kita memartabatkan Islam, dalam kita memperjuangkan ketidakadilan dan sebagainya kita wajib memegang kepada prinsip-prinsip yang dibenarkan oleh agama kita,’’ katanya lagi.

Dalam pada itu beliau berkata, kerajaan telah mengambil sikap menentang segala bentuk keganasan dan kefahaman keterlaluan atau ekstrem seperti mana yang dibawa oleh al-Qaeda.

Ujarnya, pendirian kerajaan itu adalah selaras dengan prinsip Islam terutama dalam isu membunuh orang awam atas apa jua alasan termasuk mahu menentang ketidakadilan kerana perbuatan itu dilarang dan ditegah dengan kerasnya oleh agama Islam.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zohor 1:20
Asar 4:36
Maghrib 7:26
Isyak 8:37



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.