saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 04/05/2011

Ahmad Kamal Abdullah diumum Sasterawan Negara


Muhyiddin Yassin bersama para anggota panel Anugerah Sastera Negara Ke-11 di Kementerian Pelajaran di Putrajaya, semalam. Turut sama Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, Datuk Termuzi Abd Aziz (empat dari kiri).


PUTRAJAYA 3 Mei - Sarjana Tamu di Universiti Putra Malaysia, Datuk Dr. Ahmad Kamal Abdullah atau Kemala, 70, diisytiharkan sebagai penerima Anugerah Sastera Negara ke-11 yang membawa gelaran Sasterawan Negara.

Mengumumkan demikian hari ini, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, anugerah itu melayakkan Kemala menerima Warkah Penghormatan Negara, wang tunai RM60,000 dan penerbitan sebanyak 50,000 naskhah atau kos cetakan karya bernilai maksimum RM500,000.

Karya tersebut akan dibeli oleh kerajaan dan disebarkan secara meluas ke sekolah-sekolah, perpustakaan, jabatan dan agensi kerajaan.

Pada masa sama, Kemala akan menikmati kemudahan perubatan percuma wad kelas satu di hospital kerajaan, kemudahan untuk kegiatan mencipta karya sastera, menerbitkan karya dan terjemahan karya ke bahasa asing.

''Panel Penilai Anugerah Sastera Negara ke-11 yang dilantik oleh Perdana Menteri telah bermesyuarat sebanyak tiga kali dan saya mempengerusikan mesyuarat terakhir hari ini.

''Setelah membuat pertimbangan secara adil dan saksama, panel penilai mengisytiharkan Datuk Dr. Ahmad Kamal Abdullah atau Kemala sebagai penerima Anugerah Sastera Negara ke-11," katanya kepada pemberita di sini.

Kemala yang dilahirkan di Gombak, Selangor mempunyai latar belakang kegiatan sastera yang cukup luas dan menulis sejak di bangku sekolah rendah.

Beliau telah menghasilkan 11 buah buku kumpulan puisi, 25 buah buku antologi puisi, 10 buah buku kajian sastera, empat buah buku kumpulan cerpen, lapan buah buku antologi cerpen, empat buah drama, tiga buku cerita kanak-kanak dan lebih 50 esei dan kritikan sastera.

Muhyiddin menambah, karya- karya Kemala bermutu tinggi, dalam daya renungannya, tinggi daya cipta dan daya rekanya serta mempunyai nilai estetika yang mengagumkan.

Ini terutamanya puisi nukilannya yang bukan sahaja menjadi ikutan generasi baru malah diminati oleh sarjana dalam dan luar negara, katanya.

Beliau berkata, karya-karya Kemala terutama puisi telah diterjemahkan ke dalam banyak bahasa asing seperti bahasa Cina, Urdu, Perancis, Jerman, Belanda, Slovania, Sepanyol dan Serbo-Croatian.

''Tokoh ini telah mendapat banyak anugerah dan penghargaan dari dalam dan luar negara antaranya Anugerah SEA Write Awards (1986) daripada kerajaan Thailand, Anugerah Pujangga daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris (2002) dan Hadiah Sastera Perdana Malaysia.

''Beliau juga telah mengasaskan Persatuan Kesusasteraan Bandingan Malaysia (1993) dan tradisi baca puisi di Malaysia yang dimulakan dengan Pengucapan Puisi Dunia Kuala Lumpur (1986), gaya, sebutan dan rentak suara pembacanya menjadi ikon selain aktif membentangkan kertas kerja di dalam dan luar negara," katanya.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.