saya nak baca ..

SUKAN LUAR NEGARA


ARKIB : 04/05/2011

Ancelotti sedia ambil risiko

LONDON - Carlo Ancelotti bersedia melakukan satu lagi perjudian mengenai Fernando Torres, apabila Chelsea berkunjung ke Old Trafford untuk perlawanan getir menentang pendahulu Liga Perdana, Manchester United, Ahad ini.

Bos Chelsea itu berkata, pasukannya diberi peluang yang ‘menakjubkan’ untuk memenangi perlawanan liga jika memenangi pertemuan dengan United.

Bagaimanapun, jurulatih kelahiran Itali itu berdepan dilema pemilihan pemain, terutama melibatkan penyerang bernilai 50 juta pound (RM247 juta), Torres menjelang perlawanan tersebut kerana ia juga bakal menentukan masa depannya sebagai pengurus Chelsea.

Torres dibawa masuk pemain gantian ketika Chelsea tewas kepada United dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah, bulan lalu.

Penyerang Sepanyol itu kemudian dikeluarkan selepas separuh permainan untuk diganti dengan Salomon Kalou, yang menjaringkan gol ketika mereka menewaskan Tottenham, Sabtu lalu untuk menghidupkan peluang Chelsea memburu gelaran liga.

Bagaimanapun, Ancelotti memberi isyarat bahawa dia berminat dengan gandingan Torres dan Didier Drogba, meskipun bekas penyerang Liverpool itu masih bergelut untuk mencari sentuhan terbaik sejak menyertai Blues.

“Untuk membuat keputusan mengenai barisan pemain, saya kena melupakan masa lampau. Sebaliknya, saya kena lihat apa yang berlaku pada sesi latihan menjelang perlawanan.

“Selama 60 minit (menentang Tottenham), Drogba dan Torres membentuk kombinasi yang baik, tetapi dia (Torres) kemudian sedikit keletihan dan saya membawa masuk Kalou untuk mencari lebih ruang di bahagian serangan.

“Apa yang paling penting, anda menurunkan pemain yang memiliki keupayaan untuk berganding dengan baik. Adalah penting untuk pemain itu berada dalam keadaan yang bagus kerana jika mahu menang, kami perlu teliti dalam setiap aspek.

“Kami melakukan tugas yang bagus (menentang Tottenham) untuk kekal tiga mata di belakang Manchester United, ia memang menakjubkan. Tugas kami sekarang adalah teruskan kemenangan, dan kami mahu menang dalam kunjungan ke United,” ujar Ancelotti.

Tindakan Ancelotti menurunkan Torres berbanding Kalou pada pertemuan dengan Tottenham lalu mengejutkan penyerang Ivory Coast itu.

Sejurus menjaringkan gol lewat minit, Kalou memilih untuk meraikan jaringan di tengah padang bersama rakan-rakan sepasukan, sebelum menuju terus ke bilik persalinan sejurus tamat perlawanan.

Begitupun Kalou menegaskan, dia tidak kisah turun sebagai gantian kalau strategi itu boleh membantu pasukan.

“Saya gembira kerana kemasukan saya membantu pasukan untuk menang dan saya akan sentiasa melakukan yang terbaik.

“Ia bukan soal berapa minit saya bermain, ia cuma tentang semangat dan bila-bila masa saya diperlukan, saya sentiasa bersedia,” katanya. - Agensi

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:19
Asar 4:31
Maghrib 7:24
Isyak 8:34



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.