saya nak baca ..

KAMPUS


ARKIB : 04/05/2011

Sayang negara tanggungjawab bersama


Yussof Mahal bersama mahasiawa selepas menyertai senam seni 1Malaysia sempena program Gemilang Siswa 2011 di UMS Labuan, baru-baru ini.


LABUAN 3 Mei – Semangat jati diri dan sayangkan negara perlu disemaikan dalam diri generasi muda kerana mereka merupakan pelapis kepimpinan negara pada masa hadapan.

Ahli Parlimen Labuan, Datuk Yussof Mahal berkata, mahasiswa Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMS-KAL) perlu terus mengorak langkah dalam menggerakkan transformasi kerajaan yang menyasarkan perpaduan dalam kalangan generasi muda.

“Saya berbangga dengan sokongan UMS-KAL terhadap program yang dianjurkan oleh Jabatan Penerangan Labuan.

“Ia menunjukkan semangat jati diri dan sayangkan negara yang tinggi dalam kalangan penuntut universiti kita,” katanya.

Beliau berucap merasmikan program Gemilang Siswa 2011 peringkat Wilayah Persekutuan Labuan di Dewan Utama UMS-KAL, di sini baru-baru ini.

Hadir sama, Pengarah UMS-KAL, Prof. Madya Dr. Shariff Abdul Kadir Omang dan Pengarah Jabatan Penerangan Labuan, Mohd. Taib Ubah serta ketua-ketua kampung di kawasan itu.

Program tersebut dianjurkan oleh Jabatan Penerangan, Gabungan Penulis Nasional Malaysia (Gapena), Persatuan Sarjana Komunikasi Malaysia (Perskom) kerjasama Pejabat Ahli Parlimen Labuan dan UMS-KAL.

Ia dimeriahkan dengan pengisian empat acara utama iaitu senam seni 1Malaysia, perasmian replika logo 1Malaysia, forum jati diri dan pertandingan pidato dalam kalangan peserta bukan Melayu.

Yussof berkata, sokongan padu penuntut dalam menjayakan program Gemilang Siswa pada tahun ini perlu terus dikekalkan agar mereka sentiasa memiliki jiwa patriotik yang tinggi untuk mempertahankan negara.

Pada majlis itu, beliau menyerahkan sumbangan sebanyak RM3,000 kepada lima persatuan kebudayaan di UMS-KAL yang mewakili lima etnik iaitu Melayu, Cina, India, Kadazandusun dan Dayak.

Yussof turut menyerahkan bantuan Skim Prihatin Yayasan Wilayah Persekutuan sebanyak RM2,500 kepada sebuah keluarga Tionghua di Kampung Sungai Keling.

Dua mangsa kebakaran juga menerima RM2,000 dan tiga penerima bantuan perubatan berjumlah RM500 seorang serta RM3,000 untuk Kelab Kebajikan dan Sukan, Jabatan Penerangan Labuan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:13
Asar 4:36
Maghrib 7:10
Isyak 8:24



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.