saya nak baca ..

BICARA AGAMA


ARKIB : 06/05/2011

Travelog Ilmu di Bumi Balqis

Buku ini adalah berdasarkan pengalaman penulis, Muhammad Suhaimi Musa, seorang pensyarah di Jabatan Senibina Dalaman, Fakulti Seni Bina, Perancangan dan Ukur (FSPU) Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Perak ketika bertugas di International College, University Science and Technology Sana'a Yaman.

Yaman sebuah negeri kecil yang masih jauh pembangunan fizikalnya jika dibandingkan dengan Malaysia. Inilah cabaran yang dihadapi oleh penulis sepanjang tiga tahun bertugas di sana.

Namun, cabaran yang lebih berat dihadapi oleh penulis ialah perbezaan adat, bahasa dan budaya masyarakat setempat. Semuanya perlu dihadapi dengan kekuatan spiritual. Jika tidak pasti sahaja penulis segera angkat kaki dari bumi bertuah itu yang pernah mencipta sejarah penyebaran Islam di alam Melayu oleh para pendakwahnya.

Antara pengalaman yang dicatatkan ialah pertempuran bersenjata antara kabilah yang sering berlaku hanya disebabkan berebut tanah sehingga melibatkan kematian.

Kebersihan pula diabaikan dan kaum wanitanya begitu sensitif dengan lensa kamera - silap langkah akan dipukul oleh ahli keluarga mereka.

Itu belum kira kebiadapan pelajar yang tidak puas hati dengan keputusan peperiksaan mereka, keberanian pelajar mengherdik pensyarah jika mereka tidak berpuas hati atau dikritik.

Namun pada masa sama, banyak pengalaman manis yang sukar dilupakan seperti sikap masyarakat Yaman yang begitu istiqamah dalam menunaikan solat jemaah, segera ke masjid dan berhenti bertempur apabila azan berkumandang selain sikap ambil berat antara jiran.

Selain itu, keindahan Yaman yang masih belum banyak tercemar dengan pembangunan, peninggalan sejarah di Ardul Jannatain, iaitu kawasan yang diturunkan bala oleh Allah SWT akibat kebakhilan seorang pemilik kebun seperti yang dinyatakan dalam surah al-Qalam ayat 17 hingga 33, serta keindahan kota lama di Old City of Sana'a.

Sesungguhnya ikatan antara Malaysia dengan Yaman sangat kuat. Selain jalinan pendakwahnya yang menyebar syiar Islam di Alam Melayu, ramai rakyat negara ini bermastautin di sana serta menghantar anak-anak ke sekolah tahfiz.

Masyarakat Yaman amat menghormati rakyat Malaysia dan menganggap negara ini lebih tinggi tarafnya, sehinggakan mereka tidak dapat menerima jika rakyat tempatan menjadi pensyarah untuk anak-anak mereka.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.