saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 07/05/2011

Transformasi menyeluruh - PM

KOTA KINABALU 6 Mei - Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan transformasi yang akan dilaksanakan kerajaan perlu dibuat secara menyeluruh dan tidak terhad kepada kerangka kerja semata-mata.

Perdana Menteri berkata, ia harus merangkumi kemantapan minda, sistem, nilai dan sikap dalam mengemudi negara ke arah kemakmuran dan kejayaan melalui inisiatif transformasi kerajaan dan ekonomi.

"Bagaimana baik sesuatu rancangan atau inisiatif tanpa kerangka minda, sistem nilai dan sikap yang betul dalam kalangan pelaksana serta kumpulan sasar, pelan terbaik akan hanya tetap tinggal pelan," katanya.

Beliau berkata demikian dalam mesej rakaman video yang dipasang pada Majlis Makan Malam Perdana sempena Perhimpunan Agung Tahunan Majlis Bekas Wakil Rakyat (Mubarak) Kelapan di sini malam ini.

Hadir sama, Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Nika Ujang; Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Salleh Said Keruak; Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman dan Presiden Mubarak, Datuk Seri Abdul Aziz Rahman.

Pada majlis itu, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Kiulu, Toh Puan Rahimah Stephen dinobatkan sebagai Tokoh Mubarak 2011.

Jelas Najib, parti dan negara sedang menghadapi cabaran besar ekoran perubahan landskap politik tanah air.

Katanya, kerajaan kini berhadapan dengan pengundi yang bersifat lebih kritis dan 'mendesak' terhadap wakil rakyat mereka.

"Lahirnya pengundi yang mempunyai profil sedemikian adalah hasil kejayaan dasar-dasar yang telah digubal dan dilaksanakan kerajaan yang memerintah sejak merdeka.

"Ia telah berjaya meningkatkan taraf hidup, tahap pendidikan dan akses kepada pasaran idea serta maklumat rakyat kepada tahap yang tidak pernah terjangkau kepada bapa-bapa kita terdahulu," katanya.

Tegas Perdana Menteri, negara kini berada di persimpangan iaitu sama ada terus terperangkap dengan sindrom negara berpendapatan rendah hingga tergelincir dan menjadi sebuah negara yang gagal, atau menjadi negara maju berpendapatan tinggi dan bermaruah.

"Saya amat berharap Mubarak akan terus berada di barisan hadapan untuk mempertahan dan menerangkan dasar-dasar serta inisiatif kerajaan," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.