saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 10/05/2011

Yuyun galas amanat Andre


ANGGOTA-anggota D'Lloyd muncul pada sidang akhbar selepas pratonton Konsert Semalam Di Malaysia minggu lalu.


KUNJUNGAN pertama D'Lloyd ke Kuala Lumpur pada konsert mereka di tahun 1976 merupakan yang terakhir menampilkan Andre Kasiman Gultom sebagai pemain seruling dan saksofon kumpulan tersebut.

Ini kerana, tidak lama selepas itu Andre meninggal dunia di mana sebelum kematiannya, anggota asal D'Lloyd itu telah berwasiat agar tempatnya digantikan dengan pemain seruling baru, Yuhanny Fatmarida Susilo.

Menurut ketua kumpulan D'Lloyd, Bartje Van Houten, pemilihan Yuhanny atau lebih dikenali Yuyun sebagai anggota barunya yang ketika itu berusia 15 tahun kerana dia merupakan kawan baik isteri Andre, iaitu Rini Asmara.

" Pemilihan Yuyun adalah atas wasiat Andre sewaktu dia sedang sakit ketika itu. Selepas Andre meninggal dunia pada 1976 Yuyun terus menjadi anggota D'Lloyd sehinggalah sekarang ini. Ramai orang ingat Yuyun anak kepada Andre.

" Sebenarnya, Yuyun adalah kawan baik kepada isteri Andre iaitu Rini Asmara. Sebelum itu, Andre sudah melihat bakat Yuyun yang kebetulan bermain seruling sepertinya," katanya kepada Hits selepas konsert D'Lloyd baru-baru ini.

Konsert selama hampir dua jam di Panggung Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur itu dianjurkan oleh Massa Frequency dengan kerjasama Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan serta Life Records.

Pada Konsert D'Lloyd Semalam Di Malaysia pada 6 Mei hingga 8 Mei itu, Yuyun tampil bersama Chairul Daud (dram), Bartje Van Houten (gitar), Syamsuar Hasyim (penyanyi), Chandra Casmat (keyboard) dan Ade Aviantara (bass).

Yuyun juga merupakan vokalis kedua kumpulan legenda Indonesia itu di mana pada konsert itu dia antaranya menyanyikan lagu berjudul Engkau Laksana Bulan, Keagungan Tuhan, Fatwa Pujangga dan House of the Rising Sun.

Pembabitan Yuyun sama seperti komitmen yang diberikan oleh anggota-anggota D'Lloyd lain kerana sejak ditubuhkan lebih 35 tahun lalu, kumpulan yang popular dengan lagu Mengapa Harus Jumpa itu tidak pernah berpecah.

Pada masa sama Bartje menegaskan biarpun Yuyun satu-satunya anggota wanita dalam D'Lloyd tetapi tidak wujud pilih kasih di kalangan anggota kumpulan itu, sebaliknya mereka ibarat sebuah keluarga yang saling memahami.

" Itu adalah rahsia kami berjaya bertahan sehingga kini. Kami rapat kerana masing-masing menjadi perantau di Jakarta. Ketika itu, kami jauh daripada ibu bapa dan keluarga. Malah, setiap kami bukan daripada suku kaum yang sama.

" Contohnya, saya orang Ambon, Sam keturunan Aceh, manakala Yuyun pula orang Jawa. Biarpun berlainan bahasa dan etnik tetapi kami boleh hidup rukun dan damai sejak dulu hingga kini. Hanya maut sahaja yang memisahkan kami," ujarnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.