saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 11/05/2011

Citrawarna 2011 21 Mei

KUALA LUMPUR 10 Mei – Kira-kira 100,000 pengunjung dari dalam dan luar negara dijangka membanjiri sepanjang laluan di Dataran Merdeka di sini pada 21 Mei ini bagi menyaksikan Citrawarna 1Malaysia 2011.

Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen berkata, Citrawarna yang akan berlangsung sepanjang hari bermula pukul 8 pagi itu akan dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Menurutnya, pelbagai acara menarik pada hari tersebut dengan kira-kira 5,000 peserta yang terdiri daripada berbilang kaum akan mengambil bahagian bagi meraikan Citrawarna itu.

‘‘Pada hari itu pengunjung bukan sahaja dapat menyaksikan tarian-tarian kebudayaan negara, bahkan banyak lagi aktiviti lain seperti jualan dan pameran.

‘‘Acara Citrawarna dimulai dengan perarakan sepanjang 1.5 kilometer oleh peserta yang terdiri daripada kanak-kanak sekolah dan sebahagian orang awam yang menuju ke Jalan Raja Laut dengan memakai pelbagai pakaian berwarna-warni,’’ katanya pada sidang akhbar di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Yen Yen berkata, Citrawarna 2011 bukan sahaja satu program budaya rakyat Malaysia tetapi turut mempromosi sektor pelancongan yang merangkumi produk tempatan, makanan, kesenian dan tempat-tempat menarik di dalam negara.

Dalam usaha menarik pelancong asing katanya, kementerian telah mempromosikan Citrawarna sebagai program wajib untuk pelancong apabila datang ke Malaysia.

Menurut beliau, langkah tersebut dijangka dapat menyumbang kira-kira sejumlah RM60 bilion kepada pendapatan ekonomi negara berbanding RM56.4 bilion pada tahun lalu berikutan kedatangan pelancong asing dan tempatan sepanjang minggu Citrawarna.

Dalam pada itu, kata beliau, kementerian turut menjemput beberapa media antarabangsa bagi membuat laporan awal selain siaran langsung khusus pada hari berkenaan seperti dari Hong Kong, Thailand, China, Korea, Singapura dan Filipina.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.