saya nak baca ..

PAHANG


ARKIB : 11/05/2011

Pameran visual beri pendedahan kepada guru pelatih


Sebahagian guru pelatih dan pensyarah yang mengambil bahagian dalam pameran Pendidikan Seni Visual di Kuala Lipis, baru-baru ini.


KUALA LIPIS 10 Mei - Hasrat untuk mengembangkan bakat seni visual kontemporari dan tradisional merangsang seorang pensyarah Unit Pendidikan Seni Visual (PSV), Institut Pendidikan Guru Tengku Ampuan Afzan (IPGTAA) mengadakan pameran visual di sini, baru-baru ini.

Pameran yang julung kalinya diadakan IPGTAA itu membabitkan penyertaan seramai 20 guru pelatih yang sedang mengikuti program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di institut berkenaan.

Program seni visual bertemakan Tiada yang tidak seni pada setiap sesuatu itu merangkumi hasil kerja guru pelatih dalam bidang catan, tembikar, corak dan rekaan, produk 3D, cetakan serta multimedia yang mendapat perhatian dan pujian daripada pengunjung serta peminat seni terutama warga IPGTAA.

Pameran sehari itu juga merupakan pendedahan awal untuk melengkapkan kemahiran pengajaran dan pembelajaran (P&P) Pendidikan Seni Visual (PSV) secara lebih efektif dalam kalangan guru pelatih.

Sebelum pameran berlangsung, guru pelatih dibawa melawat ke Pusat Kraf Temin Enterprise di Kampung Temin, Jerantut untuk melihat lebih dekat kaedah pembuatan pelbagai jenis tembikar yang juga dikenali sebagai Labu Tembeling berasaskan tanah liat.

Kunjungan itu merupakan salah satu pengisian kuliah seni visual menerusi pemerhatian, penerokaan, interaksi dan apresiasi nilai seni.

Ketua Unit PSV, Ahmad Basir Mohamad berkata, pameran itu menyuntik kesedaran dan sensitiviti guru pelatih terhadap nilai artistik serta mempraktikkannya dalam P&P di sekolah.

''Mereka dapat mengembangkan minat, bakat dan sahsiah, menjana idea, meneroka serta merekabentuk pelbagai jenis aktiviti seni visual," katanya kepada Utusan Malaysia pada pameran itu baru-baru ini.

Sementara itu, Ketua Jabatan Sains Sosial IPGTAA, Umran Samsudin berharap guru pelatih dapat memantapkan pemahaman terhadap kepentingan subjek PSV dan membina kemahiran serta kreativiti dari pelbagai aspek selaras dengan aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menjurus kepada keseimbangan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sahsiah.

''Pameran ini melestarikan potensi guru pelatih terutama dalam proses pemikiran dan daya imaginasi, penerokaan, pernyataan idea, ekspresi diri, penghasilan karya kreatif, kritikan dan apresiasi seni," ujarnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:39
Zohor 1:13
Asar 4:38
Maghrib 7:22
Isyak 8:37



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.