saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 11/05/2011

Isu kilang Lynas di Gebeng: Polis bertindak tegas

11/05/2011 2:02pm

KUANTAN 11 Mei - Polis akan bertindak tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba menimbulkan kekecohan berhubung bantahan terhadap pembinaan pusat pemprosesan nadir bumi di Gebeng.

Ketua Polis Pahang, Datuk Saifuddin Ab Ghani berkata, ketika ini polis memantau setiap program bantahan, demonstrasi atau ceramah berhubung bantahan projek kilang berkenaan.

"Saya minta mana-mana pihak supaya akur pada undang-undang dan jangan buat yang bukan-bukan, katanya kepada pemberita selepas melawat Hospital Tengku Ampuan Afzan, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai beberapa siri bantahan, ceramah dan demonstrasi pihak-pihak tertentu di sekitar Kuantan sejak kebelakangan ini berhubung projek pembinaan kilang berkenaan.

Kilang bernilai RM700 juta yang sedang diusahakan Lynas Malaysia Sdn Bhd, anak syarikat Lynas Corporation dari Australia itu, di kawasan perindustrian Gebeng di sini menimbulkan kontroversi kerana didakwa bakal menghasilkan radiasi yang boleh memudaratkan kesihatan orang ramai.

Beberapa siri penerangan yang dianjurkan Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (LPTA) dan kerajaan negeri Pahang di sekitar Kuantan baru-baru ini dilihat tidak memberi kesan positif. - Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:02
Asar 4:24
Maghrib 6:59
Isyak 8:12



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.