saya nak baca ..

SELATAN


ARKIB : 12/05/2011

Hang Tuah Mall kawasan pelancongan

MELAKA 11 Mei - Kawasan jalan Hang Tuah Mall sepanjang 1.2 kilometer di sini akan dinaiktaraf seperti kawasan pelancongan popular, Jonker Walk, September ini.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Md. Yunos Husin berkata, konsep pembangunan Hang Tuah Mall bagaimanapun akan lebih seragam dan teratur berbanding konsep gerai mudah alih di Jonker Walk.

Menurut beliau, kerajaan negeri melalui Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) bercadang menambah sekurang-kurangnya 20 lagi kiosk tetap di kawasan tersebut supaya dapat menjadi kawasan tumpuan pelancong baru di negeri ini.

"Selain itu, para peniaga di premis sedia ada juga perlu memastikan setiap produk jualan dan perkhidmatan mereka terutamanya produk kraftangan menepati cita rasa pembeli," katanya kepada pemberita selepas melakukan walkabout di Hang Tuah Mall, di sini semalam.

Turut sama beberapa wakil agensi berkenaan antaranya MBMB, SWM Environment Sdn. Bhd. (SWM), Tenaga Nasional Bhd. (TNB), Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB).

Menurut Md. Yunos, kerja-kerja menaiktaraf siar kaki Hang Tuah Mall yang dibina pada 2001 dengan kos RM4.2 juta itu sedang di peringkat perbincangan dan dijangka dilaksanakan antara Jun hingga September ini.

"Kawasan ini akan dihiasi pelbagai lampu selain pokok kelapa sawit yang menjadi hiasan di tengah-tengahnya yang akan diselenggara supaya menjadi lebih menarik.

"Kiosk tetap yang akan dibina pula bukan setakat menjual produk kraftangan, malah perlu ada pusat urut refleksologi, kedai membaiki kasut dalam keadaan bersih dan teratur," tambahnya.

Menurutnya, beliau yakin, apabila semua kemudahan sudah tersedia di situ, Hang Tuah Mall akan menjadi tumpuan pelancong dan premis perniagaan sedia ada juga boleh melanjutkan operasi perniagaan terutamanya pada cuti hujung minggu.hatian pengunjung.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.