TERKINI
ARKIB : 12/05/2011
Jerebu: Pelabuhan Klang catat IPU tidak sihat
KUALA LUMPUR 12 Mei — Kualiti udara di kebanyakan tempat di seluruh negara sehingga pukul 11 pagi ini adalah di tahap sederhana kecuali Pelabuhan Klang yang mencatatkan kualiti udara tidak sihat.
Menurut Jabatan Alam Sekitar (JAS) menerusi laman webnya, Pelabuhan Klang mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) 104, berbanding 97 pukul 5 petang semalam.
Bacaan IPU antara 0-50 menggambarkan kualiti udara yang baik, manakala 51-100 (sederhana), 101-200 (tidak sihat), 201-300 (sangat tidak bersih) dan 300 ke atas (berbahaya).
Keadaan berjerebu dalam negara dikatakan berpunca daripada pembakaran terbuka, termasuk di Sumatera.
Sementara itu 28 kawasan mencatatkan IPU sederhana — Banting (96), Kuala Selangor (85), Petaling Jaya (82), Shah Alam (86), Nilai (88), Batu Muda, Kuala Lumpur (84), Cheras (76), Putrajaya (71), Port Dickson (82), Seremban (74), Bandaraya Melaka (81) dan Bukit Rambai (85).
Kawasan lain yang turut merekodkan IPU sederhana ialah Muar (78), Larkin Lama (54), Pasir Gudang (52), Balok Baru (61), Indera Mahkota (54), Jerantut (57), Tanjung Malim (66), Keningau (54), Kota Kinabalu (57), Labuan (55), Bintulu (72), Limbang (53), Miri (52), Samarahan (56), Sibu (61) dan Tanah Merah (52).
Sementara itu antara kawasan yang merekodkan IPU bersih ialah Kota Tinggi (46), Jalan Tasek, Ipoh (35), Seri Manjung (37), Kangar (33), Perai (37), Universiti Sains Malaysia (USM) (25), Sandakan (35), Alor Setar (34), Tawau (42), Kuching (43) dan Kemaman (40). — Bernama
Isu YDP MAINPP: UMNO Pulau Pinang kesal
Bekas Speaker DUN Perlis meninggal dunia
ASEAN digesa tingkat usaha hapus keganasan
Naza lancar ruang pameran Ducati terbesar di Asia
Tambang haji kekal RM9,980, quota 28,000
Pemuda UMNO bantu lunas cukai rumah P. Ramlee
Najib umum 42 peluang perniagaan inovatif
Kes Anwar saman Chandra dibicarakan 10 Sept.
Penyenaraian Felda Global Ventures diluluskan
Polis tumpaskan sindiket penipuan Macau Scam
Rakyat Malaysia seludup ubat batuk dihukum penjara
PTPTN: Jangan jadi kuda tunggangan pembangkang
Liga Juara-juara: Chelsea tundukkan Barcelona 1-0
Suu Kyi rancang kunjung Britain, Norway pada Jun
Buru gajah di Afrika: Raja Sepanyol mohon maaf
Kes amukan di Oslo: Suspek tak takut dihukum
Misi NATO di Afghanistan kekal hingga 2014
Penularan H5N1: China musnah 95,000 ekor ayam
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||












