saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 13/05/2011

Rahim Maarof cabar Ramli M.S.


AIMAN diapit oleh Iqa (kiri) dan Salma sewaktu menyanyikan lagu Kita Insan Biasa pada konsert minggu keempat Mentor 5 di Shah Alam, Selangor baru-baru ini.


PENYINGKIRAN Aiman yang merupakan protege kepada penyanyi rock, Rahim Maarof daripada pertandingan nyanyian Mentor musim kelima (Mentor 5) memang tidak menghairankan.

Ini kerana, kedudukan Aiman atau Aiman Hakim Ridza Abdoh, 22, dalam Kumpulan B sentiasa berada di tangga tercorot berbanding dua lagi pesaingnya iaitu Iqa dan Salma.

Penyingkiran Aiman itu mencetuskan kejutan apabila mentornya, Rahim seolah-olah tidak puas hati dengan kritikan pengkritik tetap Mentor 5, Datuk Ramli M.S. terhadap Aiman.

Pada penghujung konsert minggu keempat Mentor 5, Rahim mencabar Ramli supaya menyertai Mentor musim akan datang dan melatih protegenya sendiri.

Ia ekoran kritikan-kritikan pedas komposer berasal dari Singapura itu terhadap persembahan Aiman sehingga cabaran Rahim terhadap Ramli itu dilihat agak panas dan serius bunyinya.

"Serius ke ungkapan kritikan saya itu? Saya kalau menyanyi pun nada suara saya macam itu juga. Dalam hal ini, hendak melatih peserta Mentor yang dari 'kosong' memang mencabar.

"Saya cakap begitu kerana mahu Ramli merasai sendiri apa yang saya lalui sepanjang menjadi Mentor Aiman. Dia (Aiman) bermula daripada seorang yang kosong hingga sekarang ini.

"Saya bangga dengan pencapaian Aiman. Saya cakap bukan untuk timbulkan kontroversi tetapi di sini saya mencabar Ramli menyertai Mentor," katanya selepas tamat konsert tersebut.

Menurut rocker berasal dari Kota Bahru, Kelantan ini biarpun Aiman tersingkir daripada Mentor 5, dia tidak berasa kecewa tetapi bangga dengan bakat yang ada protegenya itu.

Malah, dia yang menganggap Aiman sebagai anaknya sendiri menafikan faktor jantina menjadi penyebab penyingkiran protegenya itu yang bersaing dengan Salma dan Iqa.

"Saya bangga dengan pencapaian Aiman walaupun cuma dua bulan lebih saya membimbingnya sebagai penyanyi. Bagi saya, soal peserta lelaki atau wanita tidak menjadi soal.

Seharusnya akur

"Ia terletak pada bakat masing-masing. Pada peringkat awal saya dicadangkan mengambil peserta wanita. Tetapi saya lihat semua Mentor mengambil peserta wanita kecuali Noh Hujan.

"Kita tidak ada ramai penyanyi lelaki yang bagus. Setakat ini kita sudah ada penyanyi wanita yang hebat seperti Datuk Siti Nurhaliza. Sebab itu saya ambil Aiman menjadi protege saya," ujarnya.

Ramli M.S. yang ditemui selepas konsert mingguan yang diadakan di Auditorium Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menganggap Rahim sekadar berseloroh dengan cabarannya itu.

Namun, beliau tidak menafikan sebagai peserta pertandingan realiti televisyen (TV), Rahim mahupun Aiman seharusnya akur dengan adat kalah ataupun menang dalam pertandingan.

"Pertandingan ini macam juga pertandingan lain seperti lumba lari di mana semua orang mahu menjadi nombor satu. Siapa yang menunjukkan peningkatan dia yang akan menang.

"Aiman pula berada dalam Kumpulan B iaitu sebuah kelompok peserta yang agresif. Bagi saya, Aiman punyai kelebihan sendiri. Contohnya antara Aiman dan Iqa saya pilih Aiman.

"Setiap minggu saya mahukan perubahan tetapi nampaknya Iqa yang banyak berubah. Pada saya rasa tidak puas hati seperti itu normal dan akan diperkatakan selepas pertandingan," katanya.

Pada masa sama Ramli turut menjawab cabaran Rahim yang mahukannya menjadi mentor dengan mengatakan bahawa dia mengakui hanya tahu teori nyanyian sahaja dan bukannya praktikal.

"Saya akui tidak boleh menyanyi kerana saya hanya belajar teori dan bukannya seorang penyanyi. Saya seorang ahli perniagaan dalam bidang muzik. Antara kerja saya mencungkil penyanyi baru.

'Saya mencari penyanyi muda berusia 15 tahun dan ke atas bagi berkongsi pengalaman saya dalam bidang penciptaan lagu selama hampir 35 tahun," jelasnya bersungguh-sungguh.

Sementara itu, Aiman tidak mengulas lanjut penyingkirannya itu tetapi cuma sekadar menerimanya dengan hati terbuka selepas mencuba sedaya upayanya dalam Mentor 5.

"Meskipun disingkirkan daripada Mentor 5 tetapi dalam masa dua bulan lebih itu, saya banyak belajar daripada mentor saya. Misalnya, teknik vokal dan penampilan sebagai artis," ujarnya.

Dengan penyingkiran Aiman yang cuma mendapat markah terkumpul sebanyak 190 markah, saingan Kumpulan B diteruskan oleh Salma bersama mentornya, Erra Fazira (307 markah).

Turut meneruskan cabaran ialah Iqa bersama mentornya, Edry Abdul Halim yang mendapat 237 markah pada peringkat separuh akhir Mentor 5 pada minggu seterusnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.