saya nak baca ..

JENAYAH


ARKIB : 13/05/2011

2 ditahan tipu pelabur Korea RM1.5 juta

KOTA KINABALU 12 Mei - Bermodalkan kata-kata manis, tiga lelaki termasuk seorang rakyat Filipina berjaya memperdaya seorang pelabur warga Korea dan rakyat tempatan untuk membayar kira-kira RM1.5 juta bagi menjadi rakan kongsi perniagaan mereka dalam dua kejadian berasingan.

Seorang daripada mereka menyamar sebagai Pengerusi Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) dan seorang lagi menggunakan gelaran Datuk palsu untuk menipu dua mangsa kononnya syarikat mereka memperoleh projek ratusan jutaan ringgit.

Namun tindakan licik ketiga-tiga suspek berusia 44 dan 58 tahun itu terbongkar setelah dua daripadanya ditahan di sini, ekoran laporan polis yang dibuat rakyat Korea tersebut, kelmarin.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, dua projek palsu ditawarkan itu adalah membina 1,036 unit rumah kos rendah bernilai RM250 juta di Kampung Mandahan, Papar dan pembinaan jalan raya di Lahad Datu bernilai RM141 juta.

Katanya, projek pembinaan rumah kos rendah itu ditawarkan kepada warga Korea terbabit manakala projek membuat jalan kepada rakyat tempatan berkenaan.

Katanya lagi, kesemua projek itu bukan sahaja tidak wujud, malah kesemua surat dan dokumen yang dikemukakan dan ditandatangani oleh dua mangsa adalah palsu.

"Dalam tawaran dijanjikan kepada warga Korea itu, mangsa dijanjikan 95 peratus daripada nilai keseluruhan projek. Mangsa pula yakin dengan gaya suspek yang memperkenalkan diri sebagai Datuk dan Pengerusi SPNB," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah di sini hari ini.

Tambah Hamza, mangsa telah menyerahkan wang RM1 juta secara tunai dan pindahan bank kepada suspek, namun mangsa menyedari ditipu setelah dimaklumkan seorang rakannya pada 29 April lalu.

Katanya, sejurus selepas mangsa membuat laporan polis, pihaknya dalam masa 24 jam telah menahan dua suspek iaitu seorang rakyat Filipina dan lelaki tempatan yang menyamar sebagai Datuk di sekitar Kota Kinabalu.

Bagaimanapun, beliau berkata, lelaki yang difahamkan merupakan perancang utama iaitu yang menyamar sebagai Pengerusi SPNB, dikenali sebagai Rasul Ibnu masih bebas.

Menurut beliau, siasatan lanjut pihaknya kemudian membongkar kegiatan suspek-suspek yang turut memperdaya seorang lelaki tempatan pada Mac lalu membabitkan projek pembinaan jalan bernilai RM141 juta di Lahad Datu.

"Dalam kes itu, mangsa diperdaya menyerahkan RM450,000," katanya sambil memberitahu kedua-dua kes itu disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun, sebatan dan denda jika sabit kesalahan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zohor 1:03
Asar 4:26
Maghrib 7:00
Isyak 8:14



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.