saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 14/05/2011

Hata diminta patuhi pendirian kesatuan bersikap berkecuali - NUJ

KUALA LUMPUR 13 Mei - Presiden Kesatuan Kebangsaan Wartawan Semenanjung Malaysia (NUJ), Hata Wahari diminta mematuhi pendirian kesatuan itu untuk bersikap berkecuali dengan tidak memihak kepada pembangkang atau kerajaan.

Setiausaha Agungnya, V. Anbalagan berkata, sebagai kesatuan mewakili 1,400 ahli, bukan dasar kesatuan untuk cenderung menyokong mana-mana parti di negara ini.

''Majlis Eksekutif NUJ telah menjelaskan pendirian kesatuan untuk pengetahuan Hata pada mesyuarat Sabtu lalu.

''Kalau dia masih lagi bercakap atas platform pembangkang, terpulang kepada Majlis Eksekutif untuk menentukan kedudukannya kerana (perbuatan) Hata boleh menjejaskan imej NUJ," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Difahamkan, NUJ 'kurang senang' dengan beberapa tindakan Hata yang dilihat cenderung menyokong pembangkang antaranya memberi kenyataan kepada portal-portal propembangkang.

Terbaru, Hata tampil berceramah di pentas Pas malam ini bagi menyatakan pandangannya terhadap Utusan Melayu (Malaysia) Berhad iaitu majikan yang memecat beliau sebelum ini.

Anbalagan berkata, pihak kesatuan telah meminta pandangan dan nasihat Ketua Pengarah Kesatuan Sekerja mengenai kedudukan Hata sebagai Presiden NUJ memandangkan beliau telah dipecat oleh majikannya.

"Sebahagian berpendapat dia (Hata) boleh memegang jawatan selagi Mahkamah Perusahaan belum membuat apa-apa keputusan manakala sebahagian lagi kata tidak boleh. Oleh itu, kami menunggu panduan daripada pihak mereka mengenai hal ini," katanya.

Tegas beliau, selepas dimaklumkan mengenai pendirian kesatuan, Hata tidak sepatutnya mengeluarkan sebarang kenyataan menyebelahi mana-mana pihak atas platform kesatuan.

"Memang kami sedar beliau sekarang memperalatkan atau diperalatkan oleh pihak-pihak tertentu dan kami sedar beliau sekarang dalam platform (pembangkang).

"Beliau mesti mengambil sikap berkecuali sekiranya mewakili NUJ dan sebagai presiden mesti menunjukkan sikap ini melainkan dia bercakap mewakili diri sendiri," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.