saya nak baca ..

JOHOR


ARKIB : 14/05/2011

TUTA dapat 600 tong sampah tambahan


Jason Teoh (kiri) bersama wakil penduduk pada majlis penyerahan tong sampah kepada pihak pengurusan Taman Ungku Tun Aminah, Skudai, Johor Bahru, semalam.


JOHOR BAHRU 13 Mei - Masalah kekurangan tempat pembuangan sampah di flat Taman Ungku Tun Aminah (TUTA) di sini dijangka selesai apabila 600 tong sampah bernilai RM300,000 ditempatkan di kawasan perumahan tersebut.

Ketua MCA Bahagian Gelang Patah, Jason Teoh berkata, semua tong sampah tersebut mula diserahkan kepada pihak pengurusan flat berkenaan secara berperingkat-peringkat sejak awal tahun lalu.

Katanya, inisiatif untuk menyediakan tong sampah tersebut merupakan kerjasama antara MCA Bahagian Gelang Patah dan Majlis Bandaraya Johor Bahru Tengah (MBJBT).

"Tahun lalu kami banyak mendapat aduan daripada penduduk setempat mengenai masalah kekurangan tempat pembuangan sampah di kawasan berkenaan.

"Setelah mengadakan perbincangan dengan MPJBT, kami mengambil keputusan untuk menyediakan tong sampah tambahan bagi menampung tempat pembuangan sampah sedia ada," katanya kepada pemberita pada majlis penyerahan tong sampah kepada pihak pengurusan taman berkenaan di sini hari ini.

Jason berkata, pihaknya juga akan bekerjasama dengan SWM Environment Sdn. Bhd. (SWM) bagi memastikan kerja-kerja mengangkut sampah di kawasan itu dapat dijalankan mengikut waktu yang ditetapkan.

Sementara itu, Bendahari Jawatankuasa Pengurusan Blok 45-54 taman berkenaan, Wong Mian Kim, 60, berkata, penduduk setempat amat menghargai sumbangan tong sampah tersebut.

Menurutnya, kekurangan tempat pembuangan sampah di flat berkenaan sebelum ini menyebabkan banyak masalah, antaranya sampah bertaburan hingga menyebabkan ia menjadi tumpuan binatang seperti tikus, anjing dan kucing.

"Kami berharap dengan tong sampah yang diberikan ini dapat menyelesaikan masalah tempat pembuangan sampah di sini pada masa akan datang," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.