saya nak baca ..

LUAR NEGARA


ARKIB : 14/05/2011

Kebakaran di Riau punca jerebu

JAKARTA 13 Mei - Indonesia mengerahkan 120 anggota bomba untuk mengawal kebakaran di kawasan tanah gambut yang menyebabkan pencemaran jerebu teruk di Malaysia.

Pihak berkuasa Malaysia di Kuala Lumpur semalam berkata, kualiti udara mencapai paras 104 di Pelabuhan Klang pada skala yang meletakkan 101-200 sebagai paras tidak sihat, manakala di kawasan lain di negeri Selangor, 29 kawasan mencatat paras 'sederhana'.

"Asap berpunca daripada kebakaran di kawasan tanah gambut di wilayah Riau," kata pegawai kawalan kebakaran di Kementerian Perhutanan, Deni Haryanto, hari ini.

Kebakaran itu untuk membersihkan tanah bagi membuka ladang kelapa sawit, katanya.

"Pemantauan kami menerusi satelit menunjukkan kebakaran di Rokan Hilir, daerah Bengkalis berlaku sekejap-sekejap sejak bermula pada Isnin lalu," kata Deni.

Kebakaran di tanah gambut boleh berlarutan berhari-hari dan melepaskan banyak gas karbon dioksida ke udara.

Walaupun sudah dipadamkan di permukaan, kebakaran boleh berterusan di bawah tanah dan muncul semula beberapa hari kemudian.

Kerajaan Indonesia mengharamkan pembersihan tanah secara pembakaran tetapi pengharaman itu tidak dipedulikan kerana penguatkuasaan yang lemah. - AFP

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:13
Asar 4:36
Maghrib 7:10
Isyak 8:24



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.