saya nak baca ..

SUKAN TEMPATAN


ARKIB : 17/05/2011

Ketua Keselamatan FIFA jumpa FAM Khamis ini

KUALA LUMPUR - Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan mengadakan pertemuan dengan Ketua Keselamatan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Chris Eaton Khamis ini, bagi membincangkan masalah kegiatan perjudian bola sepak di negara ini.

Pertemuan tersebut yang turut disertai sekumpulan pegawai polis dari Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Bukit Aman akan diadakan di Wisma FAM, Kelana Jaya, dekat sini.

Sumber memberitahu, antara perkara dijangka dibincangkan semasa pertemuan nanti ialah masalah perjudian bola sepak dan maklumat risikan dalam usaha membanteras kegiatan haram tersebut.

"Eaton dan rombongannya akan berbincang dengan FAM dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) tentang masalah perjudian bola sepak di negara ini.

"Mereka juga akan berkongsi kepakaran tentang cara-cara mengenal pasti teknik perjudian bola sepak dan memberkas pesalah terlibat," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Sumber bagaimanapun meminta orang ramai membuang tanggapan negatif bahawa kehadiran Ketua Keselamatan FIFA itu menggambarkan kegiatan perjudian bola sepak sudah parah di negara ini.

Ini kerana, ujarnya, masalah tersebut tidak serius seperti digambarkan, memandangkan ketegasan PDRM dalam membendung kegiatan tersebut,

"Lihatlah semasa bola sepak Piala Dunia tahun lalu, PDRM mencatatkan kejayaan besar menumpas banyak sindiket perjudian bola sepak dan mengheret ramai bookie ke mahkamah," katanya.

Sebelum ini, Setiausaha Agung FAM Datuk Azzuddin Ahmad memberitahu, pihaknya dijangka menerima kunjungan pegawai pencegah rasuah FIFA tanpa dimaklumkan perkara yang bakal disiasat.

Bagaimanapun, Azzuddin berkata, beliau telah dihubungi Eaton selepas laporan media mendedahkan Ketua Keselamatan FIFA itu akan menyiasat berhubung dua perlawanan persahabatan antara Malaysia dan Zimbabwe, yang diadakan pada 2009.

Katanya, lawatan itu mungkin ada kaitan dengan dua perlawanan pada 2009 yang dilucutkan status gred A pada pertemuan itu selepas mendapat tahu pasukan Zimbabwe hanya berstatus kelab.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:18
Maghrib 7:00
Isyak 8:10



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.