saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 17/05/2011

Tol Metramac dihapuskan


Shaziman Mansor bersama wakil penduduk mengangkat palang besi berikutan pemansuhan kutipan di plaza tol arah Cheras dan Petaling Jaya, Lebuhraya Hubungan Timur Barat (Metramac), Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 16 Mei - Kutipan tol di Plaza Tol Arah Cheras dan Petaling Jaya di Lebuhraya Hubungan Timur-Barat (Metramac) di sini dimansuhkan berkuat kuasa 8.30 malam ini, sekali gus memberi kelegaan kepada kira-kira 100,000 pengguna lebuh raya tersebut.

Pengumuman pemansuhan kutipan tol yang berharga 50 sen di lebuh raya itu diumumkan Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor.

Ketika berucap pada majlis tersebut, Shaziman berkata, kerajaan mengambil kira beban rakyat apabila membuat keputusan untuk memansuhkan tol itu tujuh tahun lebih awal daripada perjanjian konsesi yang sepatutnya tamat pada 31 Mei 2018.

Pada masa yang sama beliau menambah, kerajaan tidak membuat sebarang bayaran pampasan kepada syarikat konsesi di atas persetujuan penutupan lebih awal plaza tol tersebut.

"Ini merupakan hadiah daripada kerajaan Barisan Nasional (BN) kepada rakyat khususnya pengguna lebuh raya ini. Ia juga bukti kesungguhan kerajaan untuk mendahulukan rakyat," katanya.

Ketika ditemui pemberita kemudiannya, Shaziman berkata, dengan penutupan tersebut, kira-kira 100,000 pengguna lebuh raya itu tidak perlu membayar sehingga RM180 juta untuk tujuh tahun akan datang jika mengikut konsesi asal.

Menurut beliau, keputusan memansuhkan tol itu dibuat susulan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 28 Januari lalu yang mahu kutipan tol di lebuh raya tersebut ditamatkan lebih awal.

Dalam pada itu, Shaziman menjelaskan, kesungguhan kerajaan untuk memansuhkan tol tersebut juga bukti tuduhan pembangkang yang gemar mengaitkan BN dengan kenaikan harga barang adalah tidak benar.

"Kerajaan sentiasa mencari jalan untuk meringankan beban rakyat sama ada dari segi harga bahan kegunaan mahu pun kos-kos lain termasuk aspek pengangkutan.

"Jadi inilah buktinya. Ini contoh keprihatinan kerajaan. Soal kenaikan harga barang yang lain itu disebabkan oleh faktor dunia yang tidak dapat dikawal oleh kerajaan tetapi kita sebaik mungkin cuba untuk meringankan beban rakyat," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:23
Asar 4:45
Maghrib 7:30
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.