saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 22/05/2011

Kronologi kejadian tanah runtuh di negara ini

22/05/2011 5:07pm

KUALA LUMPUR 22 Mei Highland Towers dan Bukit Antarabangsa itu adalah antara dua kejadian tanah runtuh yang mengorbankan nyawa di negara ini, dan semalam satu lagi kejadian tanah runtuh berlaku mengorbankan 16 nyawa.

Kejadian kali ini membabitkan Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Batu 14, Hulu Langat dan dalam kejadian pada pukul 2.30 petang itu, seramai 25 orang terdiri daripada anak yatim, penuntut, warden dan kakitangan rumah anak yatim itu tertimbus.

Ketika kejadian, mereka berada di bawah sebuah khemah yang dipasang untuk persiapan satu majlis yang dijadual berlangsung pukul 5 petang.

Runtuhan tanah dari bukit berdekatan kawasan rumah anak yatim itu dikatakan menimbus keseluruhan khemah yang dipasang berhampiran dewan di lereng bukit.

Pasukan mencari dan menyelamat mengambil masa hampir 15 jam dalam operasi tanpa henti untuk mengeluarkan semua mangsa yang terperangkap dan mangsa terakhir dikeluarkan pada pukul 5.05 pagi.

Kejadian menyayat hati itu mengorbankan 16 orang dan mencederakan sembilan yang lain. Kebanyakan mangsa ialah kanak-kanak yang menghuni rumah itu.

Menteri Kerja Raya Datuk Shaziman Mansor dilaporkan berkata bahawa kawasan itu dipercayai telah beberapa kali mengalami kejadian tanah runtuh namun tidak dilaporkan.

Menteri Pembangunan Keluarga, Wanita dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Jalil pula dilaporkan berkata bahawa rumah anak-anak Yatim itu tidak berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat atau mana-mana agensi di bawah kementerian itu.

Berikut adalah antara kejadian tanah runtuh yang berlaku di negara ini: * 11 Dis 1993: Satu daripada tiga blok kondominium di Highland Towers, Hulu Klang, Selangor runtuh dan mengorbankan 48 nyawa. Kejadian itu berlaku selepas tanah runtuh berlaku di belakang kondominium itu.

* 30 Jun 1995: 21 orang terkorban manakala 23 yang lain cedera dalam kejadian tanah runtuh di jalan susur Genting Highlands. Kejadian itu dipercayai berpunca daripada hujan lebat yang mengakibatkan air turun laju dan menghanyutkan pokok dan tanah berhampiran terowong Karak.

* Pada tahun 1996: Kejadian tanah runtuh berlaku pada tahun baru apabila sebahagian Jalan 3/11 Pesiaran Tiga, Bandar Baru Selayang runtuh.Kejadian berhampiran tiga blok flat kawasan perumahan yang didiami 130 keluarga itu tidak mengorbankan nyawa.

* 25 Disember 1997: Tanah runtuh di Km17 Lebuhraya Ampang-Hulu Klang, Selangor mengorbankan tiga orang.

* 15 Mei 1999: Penduduk kawasan perumahan Bukit Antarabangsa dan Wangsa Ukay, Jalan Hulu Klang terperangkap dalam kejadian tanah runtuh sepanjang 100 meter. Seorang kanak-kanak berusia empat tahun maut.

* 2 November 2002: Sebuah banglo di Taman Hillview, Hulu Klang milik bekas panglima Angkatan Tentera, Jen (B) Tan Sri Ismail Omar runtuh selepas dirempuh tanah runtuh dari bukit bersebelahan rumahnya.

Dalam kejadian itu, isterinya Puan Sri Azizah Abdul Aziz, anaknya Hijaz, dua menantu dan dua cucu serta pembantu rumah Indonesia terkorban.

* 31 Mei 2006: 49 rumah di Kampung Pasir, Hulu Klang musnah akibat runtuhan tanah dan empat sekeluarga terkorban.

* 30 November 2008: Dua beradik, Noratirah Roslan, 16, dan Nurul Intan Sarina, 9, terkorban selepas tertimbus dalam kejadian tanah runtuh yang turut meranapkan sebuah banglo di Ulu Yam Perdana, Hulu Selangor.

* 6 Disember 2008: Kejadian tanah runtuh di Taman Bukit Mewah, Bukit Antarabangsa, Ampang meragut lima nyawa selain menimbus 14 banglo.

* 29 Januari 2011: Tanah runtuh dan banjir kilat akibat hujan berterusan di beberapa penempatan di Sandakan, seperti di perumahan lereng bukit Bandar Ramai-Ramai, Kampung Gelam runtuh dan Kampung Sundang Darat. Kejadian mengorbankan dua orang, seorang warga emas dan remaja perempuan. - Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:12
Asar 4:35
Maghrib 7:09
Isyak 8:23



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.