saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 23/05/2011

Pusat Dialisis Tan Sri Muhyiddin beroperasi tahun depan

23/05/2011 9:02pm

KUALA LUMPUR 23 Mei Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menyempurnakan upacara pecah tanah bagi pembinaan Pusat Dialisis Tan Sri Muhyiddin, khusus untuk golongan yang kurang berkemampuan mendapatkan rawatan itu.

Presiden Yayasan Tan Sri Muhyiddin (TSM) Charity Golf Tan Sri Megat Najmuddin Megat Khas berkata, projek itu merupakan buah fikiran pengerusi yayasan itu iaitu Muhyiddin bagi menyediakan rawatan dialisis untuk golongan miskin.

"Ini pusat pertama yang akan kita bina untuk orang miskin yang tidak berdaya untuk membayar begitu banyak untuk mendapatkan rawatan, begitu ramai sekarang ini yang begitu memerlukan rawatan dialisis, katanya kepada pemberita selepas acara itu di sini, hari ini.

Megat Najmuddin berkata, pusat itu, yang menelan belanja RM1.5 juta, boleh menempatkan seramai 20 pesakit yang akan diberikan rawatan secara percuma.

"Insya-Allah kita akan beri rawatan percuma tetapi kita memerlukan sokongan dan sumbangan daripada orang-orang korporat untuk kita membiayai kos operasi tempat ini yang dianggarkan sebanyak RM400,000 ke RM500,000 setahun.

"Kita akan kategorikan jenis pesakit. Kita ada pangkalan data dari Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Kementerian Kesihatan dan akan tentukan yang mereka ini betul-betul tak mampu, yang mampu takkan hendak percuma pulak, kita hanya tumpu pada orang miskin, katanya.

Beliau berkata, Yayasan TSM Charity Golf akan membina dua buah pusat dialisis lagi yang lebih kecil di Putrajaya dan Pagoh, Johor.

Pusat Dialisis Tan Sri Muhyiddin dijangka beroperasi awal tahun depan di kawasan seluas 3,022 kaki persegi di No 88, Lorong Titiwangsa 7, Kuala Lumpur. - Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.