saya nak baca ..

LUAR NEGARA


ARKIB : 24/05/2011

Puting beliung musnahkan pekan Joplin, 89 terbunuh

CHICAGO 23 Mei - Sekurang-kurang 89 orang terbunuh apabila puting beliung melanda pekan Joplin di negeri Missouri semalam, kurang sebulan selepas seluruh kawasan tenggara Amerika Syarikat (AS) mengalami kemusnahan meluas akibat dilanda ribut tersebut.

Jurucakap pejabat pengurusan kecemasan Daerah Springfield-Greene, Ryan Nicholls mengesahkan 89 orang terbunuh dalam kejadian itu.

Joplin yang mempunyai kira-kira 50,000 penduduk dan terletak hanya beberapa kilometer dari sempadan Kansas dan Oklahoma mengalami 'pukulan secara langsung' daripada puting beliung itu, lapor akhbar Springfield News-Leader.

"Bangunan Home Depot ranap, pasar raya Walmart, stesen minyak dan bangunan lain musnah.

"Saya dapat melihat kerosakan besar atau kemusnahan di mana-mana sahaja," kata jurugambar bebas bagi News-Leader, John Miller.

Katanya, pasukan bomba dan perubatan menarik keluar seorang kanak-kanak perempuan dari sebuah kereta di Home Depot setelah kenderaan itu dihempap sebahagian bangunan tersebut.

Bencana itu berlaku kurang sebulan selepas 354 orang terkorban apabila beberapa puting beliung melanda tujuh negeri AS.

Gabenor Missouri, Jay Nixon mengisytiharkan keadaan darurat dan mengerahkan anggota Pengawal Kebangsaan untuk membantu operasi mencari dan menyelamat mangsa.

"Sebagai sebuah negeri, kita mengerahkan semua agensi dan sumber yang ada untuk memastikan keselamatan penduduk Missouri, mencari mangsa yang hilang, menyediakan rawatan perubatan dan memulakan usaha pemulihan," katanya.

Nixon memberi amaran ancaman puting beliung belum berakhir dan menggesa penduduk Missouri supaya mengikuti laporan kaji cuaca terbaru serta mematuhi arahan pasukan kecemasan. - AFP

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.