saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 26/05/2011

Global Station pilih 7 novel


(Dari kiri) Zaitun Muhd. Jiwa dan Firdaus Husamuddin bertukar-tukar dokumen perjanjian sambil diperhatikan oleh Nizam Sani (dua dari kanan) dan Shoba Devi.


SESEBUAH novel yang dicetak berulang kali menandakan naskhah berkenaan digemari ramai dan sekali gus jualannya amat memberangsangkan.

Berdasarkan faktor itulah, Global Station Sdn. Bhd., kini memilih tujuh buah novel yang laris di pasaran untuk diadaptasikan menjadi drama bersiri dan telefilem.

Novel-novel tersebut adalah Jauh, Kau Untukku, Adam Dan Hawa, karya Aisya Sofea, Manisnya Cinta dan Bayangan Rindu (Anis Ayuni), Kau Yang Satu (Mia Azalea) serta Tiada Yang Kedua (Sania Yasmin), terbitan Alaf 21.

Penerbit Global Station, Datin Zaiton Muhd. Jiwa berkata, pemilihan novel ke kaca televisyen bukanlah perkara mudah kerana ia perlu diolah semula mengikut kesesuaian jalan cerita.

"Bagi pembaca novel, mereka sudah tahu jalan ceritanya tapi penonton televisyen belum, sebab itulah setiap novel ada penulis skrip yang akan mengolahnya.

"Walaupun ada penambahan bagi disesuaikan dengan format drama namun jalan cerita asal novel berkenaan tetap dikekalkan. Sebenarnya mengadaptasi novel ke layar kaca amat berisiko kerana orang akan membandingkan dengan karya asal," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis Memorandum Persefahaman (MoU) antara Global Station Sdn. Bhd., dengan Grup Buku Karangkraf Sdn. Bhd., di Hotel Ritz Carlton, Bukit Bintang, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Turut hadir, Penerbit Eksekutif Grup Buku Karangkraf Sdn. Bhd., Firdaus Husamuddin, Pengurus Saluran Astro Prima, Nizam Sani dan Pengurus Saluran Astro Citra, Shoba Devi.

Katanya, antara penulis skrip yang sudah dikenal pasti adalah Rozie Rashid dan pengarah yang bakal terbabit, antaranya Erma Fatima, Osman Ali dan Feroz Kadir.

"Kami yakin drama yang diadaptasi daripada novel mampu menarik perhatian penonton. Sementara para pelakon akan dipilih berdasarkan kesesuaian watak kerana setiap drama mempunyai mesej dan jalan cerita berbeza.

"Pemilihan novel itu selain laris di pasaran, turut dilihat jalan cerita dan mesej yang terkandung dalam naskah itu," katanya.

Sementara itu, Eksekutif Produser Global Station, Zetty Adila Ramly berkata, semua drama itu akan memulakan penggambaran secepat mungkin kerana akan ditayangkan selewat-lewatnya tahun ini juga.

"Seperti yang dikatakan, bukan semua novel yang diadaptasi akan divisualkan 100 peratus seperti apa yang dibaca. Jika penggambaran boleh dilakukan dalam negara kami akan lakukan di sini.

"Trend menghasilkan drama berdasarkan novel bukanlah baru kerana sudah banyak novel yang dibuat filem atau drama. Untuk projek ini, kami akan menggabungkan pelakon lama dan baru bagi memeriahkan industri seni tanah air," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zohor 1:18
Asar 4:44
Maghrib 7:27
Isyak 8:43



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.