saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 27/05/2011

Kastam yakin kutip RM30 bilion

ALOR GAJAH 26 Mei - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) yakin mampu mencapai sasaran pungutan hasil RM30 bilion yang ditetapkan kerajaan untuk tahun ini berbanding RM28.3 bilion pada tahun lalu.

Timbalan Ketua Pengarahnya, Datuk Md. Yusop Mansor (gambar) berkata, agensi itu mengatur pelbagai program jangka panjang bagi mencapai sasaran tersebut.

Menurutnya, ia termasuk pemantauan berterusan dalam aspek kutipan cukai, langkah perancangan operasi dan menjalin hubungan kerjasama dengan komuniti perniagaan yang berpotensi.

"Pada tahun ini sehingga 30 April lalu, kita berjaya mencatat pungutan hasil sebanyak RM12.3 bilion, meningkat sebanyak RM1 bilion berbanding tempoh sama tahun lalu," katanya pada majlis pelancaran Kempen Mencegah Penjualan Rokok Tidak Sah di Tanjung Bidara di sini hari ini.

Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Bidara, Datuk Ab. Karim Sulaiman; Pengarah JKDM negeri, Datuk Mohd. Nasir Said dan timbalannya, Johariah Jantan.

Md. Yusop berkata, sasaran itu dapat dicapai menerusi peningkatan kutipan hasil cukai yang diperoleh berdasarkan operasi penguatkuasaan dan pemeriksaan, program menilai semula kenderaan yang diisytihar di bawah nilai dan kerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

"Hasilnya, JKDM dapat memungut lebihan RM3 bilion disebabkan ketirisan hasil membabitkan syarikat di seluruh negara," tambahnya.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata, dari Januari hingga April lalu, agensi itu berjaya merampas 115.5 juta batang rokok bernilai RM11.85 juta daripada 571 kes membabitkan nilai cukai sebanyak RM58.91 juta.

Jelasnya, ia diikuti dengan minuman keras bernilai RM2.98 juta daripada 209 kes, mercun dan bunga api (76 kes) bernilai RM1.2 juta manakala kenderaan (459 buah) bernilai RM9.1 juta.

Bagi tempoh yang sama juga, katanya, sebanyak 3,003 premis dan 147 kenderaan turut diperiksa dan hasilnya 123 kes dan 105 orang mempunyai asas untuk disiasat.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zuhur 1:01
Asar 4:18
Maghrib 7:01
Isyak 8:11



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.