saya nak baca ..

RENCANA


ARKIB : 28/05/2011

Perjuangan A. Samad Ismail


Pejabat editorial Utusan Melayu tahun 1948. A. Samad Ismail (kanan, bercermin mata). Di sebelah kirinya Othman Wok sedang menelefon, di kanannya Keris Mas. Melan Abdullah menghadap Keris Mas dan di kanannya Hussein Hamid dan Salleh Daud. - Gambar daripada buku A SAMAD ISMAIL: JOURNALISM AND POLITICS.


Walaupun ditubuhkan pada 29 Mei 1939, namun Utusan Melayu pernah diterbitkan dengan nama yang sama pada tahu 1907, iaitu 32 tahun sebelumnya. Pada masa itu Utusan Melayu diterbitkan oleh pemilik bangsa asing yang menerbitkan akhbar Inggeris Free Press.

Pengarangnya yang pertama ialah Mohd Eunos Abdullah yang pada ketika itu berusia 31 tahun dalam tahun 1876. Dalam tahun 1922, semasa beliau berusia 46 tahun, Mohd. Eunos dilantik sebagai ahli Majlis Kerajaan Tempatan Singapura.

Pada tahun 1924 beliau diberi kedudukan sebagai anggota Melayu yang pertama di Dewan Perundangan Negeri-Negeri Selat. Di samping aktif dalam pertubuhan-pertubuhan sosial dan kebajikan, Mohd. Eunos juga turut menjadi ahli Lembaga Penasihat Islam Singapura.

Dengan kedudukan dan pengaruhnya inilah pada tahun 1926 Mohd. Eunos mengetuai Kesatuan Melayu Singapura (KMS). Menurut Tan Sri A. Samad Ismail, KMS kemudian muncul sebgai pemangkin dan pencetus utama penubuhan pertubuhan-pertubuhan Melayu di seluruh Tanah Melayu sebelum dan selepas perang dunia kedua sehingga tertubuhnya UMNO pada Mei 1946.

Mesyuarat pertama untuk menubuhkan Utusan Melayu berlangsung pada tahun 1938 di rumah Daud Mohd. Shah, presiden KMS ketika itu, dengan kehadiran 20 orang tokoh yang komited dan serius untuk menerbitkan akhbar Utusan Melayu sebagai suara tuntutan dan hak-hak Melayu.

Kemudian tugas untuk mengkaji kemungkinan untuk menerbitkan Utusan Melayu diserahkan kepada Yusoff Ishak (kemudian Presiden Republik Singapura).

Menurut A. Samad Ismail, Utusan Melayu tahun 1907 mempunyai pertalian dan hubung kait yang cukup rapat dengan Utusan Melayu yang lahir pada 29 Mei 1939.

Kata A. Samad Ismail: "Puncak dari kegiatan KMS ialah kejayaannya mempelopori gerakan menubuhkan Utusan Melayu pada 29 Mei 1939… Penubuhannya ini merupakan satu detik sejarah yang amat besar ertinya kepada bangsa Melayu seluruhnya…".

"Kelahiran Utusan Melayu adalah puncak kejayaan bangsa Melayu dalam bidang media cetak". Beliau menyifatkan KMS 1907 sebagai ibu kandung kepada KMS 1939.

Peranan Utusan Melayu untuk membina dan mencorakkan minda bangsa mengundang komen Dato' Onn Jaafar. Menurut beliau yang memimpin UMNO dari 1946 - 1951, "Perjuangan kita hari ini terbit daripada seruan dalam (akhbar) Utusan Melayu oleh Utusan Melayu."

Di majlis pelancarannya pada tahun 1938, misi dan visi Utusan Melayu adalah jelas iaitu tidak bertolak ansur dengan perjuangan untuk memartabat dan memperkasakan kedudukan orang Melayu di tanah air mereka yang kian terhimpit.

Antara tokoh-tokoh yang hadir di hari pelancaran Utusan Melayu ialah Haji Embok Suluk, Tengku Abdul Kadir, Ishak Haji Muhammad, Haji T.P. Jumaat, Kiai Yunus, Abdul Hamid Haji Isul, Khalil Anuari dan Haji Abbas Taha, Kadi Besar Singapura yang juga seorang wartawan.

Setelah Utusan Melayu ditubuhkan, Yusoff Ishak merekrut Abdul Rahim Kajai sebagai pengarangnya yang pertama.

Dalam keluaran sulungnya, Utusan Melayu menyeru kepada umat Melayu supaya memberi sokongan kepada usaha untuk menubuhkan pertubuhan-pertubuhan Melayu supaya Utusan Melayu mendapat sokongan seluruh orang Melayu.

Pada waktu itu, Utusan menganggap dirinya menyuarakan kedudukan dan hak orang Melayu. Menurut Prof. William R. Roff, pembaca Utusan yang ingin menolong akhbar itu digalakkan menulis untuk menyemarakkan suara dan perjuangan Utusan yang dikaitkan dengan jatuh bangun orang Melayu.

Katanya, Utusan dianggap sebagai sebuah akhbar Melayu di mana fikiran-fikirannya mencerminkan hati-nurani dan jiwa-raga orang Melayu yang sedang menghadapi masa depan yang tidak menentu dan terancam.

Utusan Melayu memuat tulisan para penulisnya yang tersohor. Misalnya Ishak Haji Muhammad (Pak Sako) menulis penuh dengan kiasan dan amaran tentang peminggiran dan kemelaratan orang Melayu di tanah air mereka sendiri.

Di samping tiupan semangat berapi-api agar orang Melayu sentiasa waspada terhadap kemungkinan-kemungkinan bentuk yang akan menimpa bangsanya akibat lalai, malas dan tidak mengindahkan perubahan di sekeliling mereka, Utusan Melayu dengan beraninya menonjolkan imej politik orang Melayu yang dibelenggu oleh penjajah dan kerana kepongan ekonomi orang Cina di sekeliling orang Melayu.

Utusan mengutarakan persoalan-persoalan itu dengan membahaskan soal keturunan dan asal usul orang Melayu dalam masyarakat yang kian dipengaruhi oleh sindrom masyarakat berbilang kaum yang kritikal. Di samping menggambarkan kepimpinan Melayu yang daif, Utusan menyeru supaya soal pendidikan Melayu diutamakan, jika tidak mahu dimusnah dan dihancurkan oleh kaum-kaum lain yang maju di sekeliling mereka.

Dalam sejarah Utusan Melayu, nama A. Samad Ismail bukan saja sinonim dengan akhbar itu kerana peranan besar yang dimainkan beliau untuk menentang penjajahan dari sebelum Perang Dunia Kedua hingga menjelang merdeka. Malah Samad juga dianggap sebagai tokoh wartawan yang menghidupkan kewartawanan Melayu.

Contohnya, semasa beliau mencorakkan Utusan Melayu sebagai wadah perjuangan orang Melayu, beliau turut menjadi 'sanctity' atau tumpuan para pemimpin bukan Melayu, khususnya di Singapura.

Kata Samad: "Di zaman awal menentang penjajahan para idealis muda menganggap Utusan Melayu sebagai tempat di mana upacara mengangkat dan mengiktiraf mereka (anointed) dilakukan oleh para nasionalis Melayu di akhbar itu.

Menurut Samad lagi, lambang penerimaan (badge of acceptance) idealis-idealis muda ini oleh kumpulan aktivis anti penjajahan dalam Utusan Melayu hanya boleh diberi atau 'dianugerahkan' oleh Utusan Melayu sahaja. Pendeknya, akhbar itu dianggap sebagai sebuah institusi yang penting di mana penerimaan dan pengiktirafan idealis-idealis muda dibuat oleh para nasionalisnya.

Pencorakan nasionalisme Melayu yang dilakukan oleh Samad Ismail seolah-olah menggamit pemimpin-pemimpin muda bukan Melayu supaya menerima nasionalisme Melayu sebagai asas kepada nasionalisme kebangsaan.

Namun, seperti yang diketahui kemudian - pemimpin-pemimpin muda bukan Melayu ini akhirnya mengejar pelangi atau ideologi masing-masing. Misalnya John Eber dan P. Sharma membina sosialisme, sementara pemimpin-pemimpin Cina dalam kumpulan elit pendidikan Inggeris memperkasakan ideologi masing-masing di luar dari kerangka nasionalisme Melayu.

Selepas 72 tahun, Utusan Melayu pada akhir-akhir ini kembali memain peranan tradisinya dengan menyeru kepada orang Melayu supaya bersatu untuk menghadapi pelbagai kemungkinan dalam negara merdeka yang dicabar oleh parti-parti pembangkang.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.