VERSI : Mobile | Akhbar Digital
18 April 2014 / 18 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
UTARA

ARKIB : 28/05/2011

Laman web lelong hartanah dilancarkan

ALOR SETAR 27 Mei - Pertubuhan Jurulelong Berlesen Negeri Kedah (PJBNK) melancarkan laman web lelongan yang pertama di negara ini untuk memudahkan orang ramai membuat semakan serta memilih hartanah yang ingin dibida dalam majlis lelongan awam.

Yang Dipertuanya, Syed Md. Hazir Syed Noor berkata, lelongharta.com menyediakan perkhidmatan penyenaraian lelongan awam hartanah termasuklah lelongan yang dibuat di mahkamah, pejabat tanah atau mana-mana lokasi yang ditentukan pihak pelelong.

"Laman web ini akan memudahkan jurulelong dalam banyak perkara terutamanya dalam mendapatkan prospek kepada lelongan mereka.

"Laman web ini akan menjadi pusat sehenti kepada bakal pembeli, ejen hartanah, jurulelong termasuk mahkamah, pejabat tanah dan bank untuk berkomunikasi dalam melancarkan urusan lelongan," katanya dalam kenyataan akhbar di sini, hari ini.

Menurut Syed Md. Hazir, penyenaraian hartanah di laman web itu akan meningkatkan permintaan terhadap hartanah dan mengurangkan kes-kes lelongan yang tertangguh akibat ketiadaan pembeli.

"Ia akan memberikan situasi menang-menang kepada semua pihak yang terlibat.

"Pihak pembeli akan membuat pembelian yang lebih bijak dengan adanya maklumat yang tepat dan terperinci manakala pihak pelelong akan dapat menguruskan kes-kes lelongan harta secara lebih berkesan dengan meningkatnya permintaan terhadap hartanah tersebut," ujarnya.

Katanya, setelah hampir sebulan laman web itu beroperasi, ia telah memuatkan hampir 300 hartanah untuk dilelong di sekitar Kedah.

"Jumlah penyenaraian dijangka terus meningkat kepada 5,000 hartanah dalam masa enam bulan apabila ia dikembangkan ke seluruh negara," jelasnya.

Beliau berkata, setiap penyenaraian hartanah akan mengandungi maklumat-maklumat terperinci seperti alamat dan lokasi hartanah, keluasan, harga rizab, jenis pegangan serta sekatan-sekatan lain jika ada.

Tambahnya, antara harta yang disenaraikan dalam lelongharta.com ialah rumah, tanah-tanah kediaman, lot komersial, industri dan pertanian serta kedai, pejabat, kilang, gudang dan bengkel.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:15
Asar 4:27
Maghrib 7:21
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.