saya nak baca ..

SUKAN TEMPATAN


ARKIB : 29/05/2011

Zandra, Aiman julang Terbuka Malaysia


Mohd. Nur Aiman Khairuddin


PETALING JAYA - Skuad negara meraih gelaran berganda Kejohanan Boling Terbuka Malaysia buat kali pertama sejak 2004 apabila Mohd. Nur Aiman Khairuddin dan Zandra Aziela Ibrahim Hakimi menjuarai kategori Masters, semalam.

Malaysia kali terakhir melakar kejayaan manis itu menerusi Daniel Lim dan Shalin Zulkifli pada 2004.

Sejak 2003, skuad negara tidak pernah kempunan di gelanggang sendiri kerana sama ada pemain lelaki atau wanita kita berjaya memenanginya, namun gelaran berganda hanya pernah dicapai sekali pada 2004.

Lebih manis buat Mohd. Nur Aiman, ia merupakan kejuaraan pertama individu sejak memenangi emas acara perseorangan Kejohanan Komanwel di Belfast, Ireland Utara, tiga tahun lalu.

Semalam, pemain berusia 23 tahun kelahiran Johor itu tidak menghadapi masalah mengetepikan cabaran jaguh Thailand, Yannaphon Lapharat 249-182 pada perlawanan akhir step-ladder.

Sesudah melakukan strike pada frame kesembilan dan mengetahui dirinya sudah menang, dia berjalan menuju ke tempat terletaknya trofi dan menciumnya sebelum mengangkat tangan ke arah ratusan penonton yang hadir memberi sokongan.

"Kunci kejayaan saya hari ini ialah saya menghayun secara konsisten di garis yang sama. Segala kerja keras saya dalam latihan membuahkan hasil," kata pemain kidal itu yang membawa pulang RM35,000.

Aksi wanita pula menyaksikan pertembungan senior dan junior, Zandra Aziela ditentang Sin Li Jane, pemain yang baru diserap ke dalam skuad elit baru-baru ini.

Li Jane menang tipis dengan hanya satu pin 247-246 untuk memaksa Zandra Aziela bermain di game penentuan. Game terakhir bagaimanapun memihak Zandra dengan skor 220-214. Zandra menerima RM15,000 untuk kemenangannya itu sementara Li Jane berpuas hati dengan RM7,500.

"Li Jane memberikan tentangan amat, amat sengit kepada saya pada game pertama sehingga dibezakan dengan hanya satu pin, tetapi pada game berikut saya berjaya kekal fokus dan menghayun dengan baik," katanya.

Zandra yang dinobatkan juara kebangsaan pada Mac lalu menambah, dia juga berasa cukup puas untuk merampas balik kejuaraan yang dimilikinya pada 2007, selepas untuk tempoh tiga tahun seterusnya dimenangi pemain-pemain asing.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.