saya nak baca ..

JENAYAH


ARKIB : 29/05/2011

Buang bayi: Polis panggil keluarga pelatih PLKN

KOTA BHARU 28 Mei – Polis akan memanggil ahli keluarga kepada pelatih perempuan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang ditahan kerana menyembunyikan kelahiran di asrama PLKN Cancun Park, Pasir Mas dekat sini, kelmarin.

Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Mazlan Lazim berkata, selain itu, pihaknya akan mendapatkan pasangan remaja berusia 18 tahun itu yang berasal dari Tanah Merah tersebut untuk membantu siasatan.

Katanya, remaja itu kini ditahan reman seminggu sehingga 2 Jun ini untuk siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

“Siasatan mendapati, dia baru mendapat keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sebelum dipanggil menyertai PLKN dan mendaftar pada 15 Mei lalu di kem tersebut.

“Buat masa sekarang, dia ditempatkan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HPRZ II) untuk rawatan lanjut,” katanya sesudah melepaskan peserta Larian Komuniti Kepolisan : Polis Bersama Masyarakat Peringkat Kontinjen Kelantan 2011 di sini, hari ini.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:44
Zohor 1:19
Asar 4:45
Maghrib 7:28
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.