saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 30/05/2011

Himpunan Hari Belia lakar sejarah


AHMAD Shabery Cheek melepaskan peserta-peserta Larian Ekiden Antarabangsa Malaysia kali Ke-6 sempena Himpunan Sejuta Belia di Putrajaya, semalam.


PUTRAJAYA 29 Mei - Himpunan Sejuta Belia sempena sambutan Hari Belia Negara 2011 yang berakhir hari ini berjaya mencipta sejarah tersendiri apabila berjaya mengubah wajah Putrajaya kepada lautan belia.

Sambutan tiga hari itu turut berjaya mencipta pelbagai rekod termasuk penganjuran kejohanan futsal terbesar, permainan cak lempung tanpa henti selama 36 jam, penerbangan mengelilingi negara 24 jam, persembahan pemain gendang paling ramai dan sebagainya.

Sambutan tahun ini turut memperlihatkan kesungguhan pemimpin negara untuk mendekati belia sehinggakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak serta beberapa menteri Kabinet hanya bersila di atas pentas ketika menghadiri Majlis Pelancaran Hari Belia Negara 2011, semalam.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, penganjuran Sambutan Hari Belia 2011 bukan sahaja mencapai sasaran dari segi jumlah pengunjung tetapi turut berjaya mendekatkan hati belia dengan Putrajaya.

"Saya melihat sambutan tahun ini hebat dengan dengan semua gerai dan aktiviti yang diadakan berjaya menarik kunjungan orang ramai. Sambutan Hari Belia Negara telah menjadi satu jenama baru di Putrajaya," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sambutan tahun ini turut mencuri perhatian antarabangsa apabila Timbalan Gabenor Jawa Barat, Dede Yusuf bercadang membawa konsep Hari Belia Negara di Putrajaya balik ke negara beliau.

"Saya fikir idea ini sangat bernas di mana kita dapat melihat belia saling berpadu tenaga menjayakan aktiviti di samping berhibur mengikut cara tersendiri," katanya.

Presiden Persatuan Asrama Belia (MYHA) Malaysia, Khairul Annuar Mansor pula berkata, sambutan Hari Belia Negara perlu diadakan selama seminggu pada tahun depan untuk menghimpunkan lebih ramai belia.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.