saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 30/05/2011

SPRM teliti isu kontrak Bukit Bintang City Centre

KUALA LUMPUR 29 Mei - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan pihaknya sedang meneliti isu pemberian kontrak pembangunan Bukit Bintang City Centre (BBCC) yang akan dibina di bekas tapak Penjara Pudu.

Pengarah Siasatannya, Datuk Mustafar Ali berkata, pada masa ini, pihaknya sedang melihat semua laporan media berhubung perkara tersebut kebelakangan ini.

Katanya, ia terutama yang melibatkan kenyataan antara UDA Holdings Bhd. dan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir.

"Kita sedang meneliti dulu perkembangannya daripada beberapa sudut termasuk laporan media. Sekiranya ada keperluan, kita akan buat keputusan (jalankan siasatan)," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Isu pembangunan bekas tapak Penjara Pudu mula hangat apabila pengurusan UDA Holdings Bhd. menyatakan minatnya untuk melantik sebuah syarikat hartanah terkemuka dari China bagi membangunkan BBCC atas alasan tiada syarikat bumiputera yang layak.

Pengerusi UDA Holdings Bhd., Datuk Nur Jazlan Mohamed memberi jaminan langkah tersebut tidak akan menjejaskan syarikat bumiputera kerana bakal wujud situasi menang-menang antara kedua-dua pihak.

Pada masa sama, Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali meminta SPRM menyiasat pengurusan UDA Holdings Berhad kerana terdapat dakwaan penyalahgunaan kuasa membabitkan Nur Jazlan.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.