saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 30/05/2011

Bersilat tanpa henti

KUALA LUMPUR 29 Mei - Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia (PSSLM) memulakan aksi silat selama sembilan jam tepat pukul 9.20 malam ini sebagai usaha untuk mencatatkan nama dalam Guinness World of Records dan The Malaysia Book of Records.

Aksi tersebut yang berlangsung di Taman Tasik Titiwangsa, di sini bakal berakhir pukul 6.20 pagi esok.

Ia disertai 500 pesilat pelbagai peringkat usia yang beraksi tanpa henti dengan membuat jurus asas dan diikuti selingan seni tempur dan buah pukulan di dalam silat.

Ketika ditemui pemberita pada majlis itu, Mahaguru PSSLM, Datuk Omardin Mauju berkata, program ini bukan sahaja bertujuan mencatatkan rekod dunia tetapi pada masa sama dapat mengangkat martabat seni silat negara di mata dunia.

"Rakyat Malaysia juga dapat berbangga dengan rekod yang akan dicipta ini di samping menunjukkan kemampuan pesilat tanah air melakar sejarah.

''Saya yakin para pesilat yang terlibat tidak mempunyai masalah untuk menyempurnakan misi ini kerana apa yang dikatakan, itulah yang akan dilakukan,'' katanya.

Program malam ini juga meraikan ulang tahun kelahiran Omardin yang ke-70 pada hari ini.

Turut hadir menyaksikan aksi tersebut ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.