saya nak baca ..

FORUM


ARKIB : 31/05/2011

Makbul drama berkualiti

PERTAMA sekali ingin saya ucapkan tahniah kepada Asri Alias dan Unit Drama RTM kerana berjaya mengutarakan satu realiti kehidupan yang berlaku di dalam masyarakat kita hari ini melalui drama Makbul.

Ternyata melalui skrip drama yang baik dan pengarah yang baik mampu melonjakkan unit drama RTM menjadi lebih popular daripada drama-drama bersiri Indonesia. Syabas.

Makbul memaparkan sikap kita dalam menjaga akidah kepada Allah. Sepatutnya drama ini diberi slot di TV1 Saluran Perdana. Malah para pelakonnya perlu diberi peluang seperti drama Trilogi Cinta untuk menerima panggilan telefon daripada penonton.

Jangan terlalu menonjolkan drama cinta, nanti masyarakat beranggapan semua yang ada di RTM asyik bercinta. Banyakkan drama berunsur agama. Makbul menonjolkan paradigma baru dalam pengolahan drama berdasarkan pembentukan sikap yang terbaik terhadap penghayatan hidup beragama.

Berbanding drama lain yang ditayang di RTM lebih banyak berkisar cinta lelaki dengan wanita dan balas dendam seperti yang ditonjolkan dalam filem-filem Indonesia. Drama sedemikian tidak dapat memberikan pengajaran dan mendidik masyarakat.

Makbul banyak nilai pengajaran yang boleh kita selidiki dan ambil iktibar untuk pedoman kita dan generasi anak-anak muda Islam di masa depan.

Saya menyokong siri ini disambung lagi penggambarannya selepas ia tamat nanti. Ia sebagai dorongan kepada penerbit lain menerbitkan drama bersiri bercorak agama.

Ingatlah, kita sebagai penerbit drama yang beragama Islam akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak jika generasi hari ini rosak kerana kita ghairah mengeluarkan drama yang boleh merosakkan, bukannya mendidik masyarakat.

Sama-samalah kita berharap dan berusaha agar lebih banyak cerita yang baik dan bermanfaat dapat dihasilkan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zuhur 1:09
Asar 4:14
Maghrib 7:12
Isyak 8:21



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.