saya nak baca ..

KAMPUS


ARKIB : 31/05/2011

Pendebat UiTM kecewakan universiti Singapura

KUALA LUMPUR 30 Mei - Pasukan debat Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam muncul juara 'Great Serdang Debate Championship 2011' menewaskan Universiti Kebangsaan Singapura (UKS) pada pertandingan akhir yang berlangsung di Universiti Putra Malaysia (UPM), dekat sini hari ini.

Lebih manis lagi, kemenangan tiga mahasiswa Fakulti Undang-undang UiTM itu turut diiringi kejayaan berganda apabila seorang pendebatnya, Maizura Mokhsin, 20, merangkul gelaran pendebat terbaik pertandingan akhir.

Dalam pusingan akhir itu, Maizura, bersama dua rakannya, Rafiq Saladin Omar Saladdin, 19, dan Mohd. Syafiq Ahmad Bazari, 24, bertindak sebagai penyokong kerajaan bagi tajuk "Bekas Tanah Jajahan Tidak Semestinya Menjadi Ahli Kepada Pertubuhan Yang Diasaskan Oleh Negara Penjajah Itu".

Hujah bernas ketiga-tiga mereka ternyata berjaya memikat juri.

Maizura yang ditemui pemberita kemudiannya melahirkan rasa gembira kerana persiapan rapi selama beberapa bulan akhirnya membuahkan hasil.

"Sudah pasti kami bersyukur apatah lagi selepas membuat persiapan rapi termasuk menyertai pertandingan lain sebelum ini serta banyak membaca. Saingan kami pada pertandingan akhir juga hebat kerana mereka memiliki reputasi baik.

"Kami beruntung kerana mendapat bimbingan daripada Dr. Omar Salahuddin bekas pensyarah di Universiti Multimedia Malaysia (MMU) yang juga ayah kepada Rafiq," katanya.

Hadiah disampaikan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah.

Pasukan debat UiTM itu menerima wang tunai RM3,000, hamper dan trofi manakala Maizura turut menerima tambahan RM1,000 atas kejayaannya menjadi pendebat terbaik pertandingan akhir.

Pertandingan yang mula diadakan secara tahunan sejak 2003 itu disertai oleh 20 institusi pengajian tinggi awam dan swasta serta tiga pasukan luar negara iaitu Universiti Kebangsaan Singapura dan Politeknik Nanyang (Singapura) serta Universitas Indonesia (Indonesia).

Sementara itu, pendebat Universiti Kebangsaan Singapura, Aji Abu, 30, turut menerima anugerah pendebat terbaik pertandingan itu.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:23
Maghrib 6:58
Isyak 8:11



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.