saya nak baca ..

LUAR NEGARA


ARKIB : 31/05/2011

Presiden Susilo kecam media

JAKARTA 30 Mei - Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono hari ini mengecam media dan pengguna laman web jaringan sosial kerana menyebar berita palsu mengenai parti pimpinannya, Parti Demokratik.

Bekas jeneral itu mengutuk mereka yang mendakwa berlaku penyelewengan di peringkat kepimpinan tertinggi dalam parti berkenaan selepas bekas bendaharinya, Mohammad Nazaruddin melarikan diri ke luar negara apabila menghadapi siasatan berhubung rasuah.

''Dua hari lalu, seseorang telah memfitnah saya. Ia merupakan fitnah yang melampau dan menghina keperibadian saya. Mereka tidak bertanggungjawab, keji dan penakut,'' katanya.

Beliau berkata, sistem pesanan ringkas (SMS), laman web, Blackberry dan semua media di talian tidak sepatutnya digunakan untuk menyebarkan penipuan dan disalahgunakan.

Susilo berkata, semua tuduhan yang dilemparkan terhadapnya tidak benar 1,000 peratus, namun beliau tidak merujuk kepada mana-mana dakwaan.

Parti Demokrat kini menghadapi tekanan selepas Mohammad melarikan diri ke Singapura ketika isu rasuah itu timbul pada minggu lepas.

Mohammad dijangka disoal siasat berhubung 'hadiah' berjumlah AS$100,000 (RM300,000) kepada seorang pegawai mahkamah dan kontrak-kontrak yang disangsikan kesahihannya untuk Sukan SEA di mana Indonesia bakal menjadi tuan rumah pada November ini.

SMS yang dipercayai dihantar oleh Mohammad dari Singapura yang tersebar kelmarin mendakwa Susilo, Pengerusi Parti Demokrat, Anas Urbaningrum dan jurucakapnya, Andi Nurpati antara mereka yang terlibat dalam aktiviti rasuah berkenaan.

Susilo kelmarin dilaporkan mengadakan pertemuan dengan kepimpinan partinya bagi membincangkan komplot yang cuba memusnahkan mereka. - AFP

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.