saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 31/05/2011

Jejaki sejarah Melayu di Kemboja


Seorang penduduk tempatan menarik kereta tolak melintasi deretan kereta pacuan empat roda JWJ2 di Poipet sempadan Thailand-Laos, semalam.


SIEM REAP, KEMBOJA 30 Mei - Ekspedisi Jejak Warisan Jawi II (JWJ2) meneruskan perjalanan ke Kemboja, negara yang turut mempunyai sejarah susur galur masyarakat Melayu yang cukup panjang, antaranya kewujudan perkampungan kaum itu di wilayah Kampung Cham, 280 kilometer dari wilayah ini.

Selain itu, kesan dan sejarah peninggalan orang Melayu di Kemboja turut didapati di Angkor Thom yang terletak di sini.

Kemboja merupakan negara kedua selepas Thailand dalam misi JWJ2 menjejaki susur galur warisan budaya Melayu dan Islam di tujuh buah negara bermula 26 Mei lalu.

Sementara itu, menurut sejarah, Angkor Thom mempunyai kesan sejarah Melayu yang amat panjang apabila ia telah menceritakan peperangan antara tentera Melayu Cham dengan tentera Khmer pada zaman dahulu.

Dalam peperangan itu tentera Melayu Cham mengalami kekalahan.

Kunjungan JWJ2 ke kawasan itu membuktikan kebenaran tersebut apabila terlalu banyak kesan sejarah berkaitan dengan orang Melayu dan budaya kaum itu terdapat di Angkor Thom dalam bentuk monumen.

Sebelum itu, JWJ2 telah dibawa melawat Angkor Wat iaitu salah sebuah tempat yang mendapat pengiktirafan daripada Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

Dalam pada itu, perjalanan ekspedisi JWJ2 ke Kemboja telah diuji dengan cara pemanduan yang agak mencabar apabila kenderaan peserta konvoi dipandu sebelah kanan sedangkan kenderaan di negara ini dipandu di sebelah kiri.

Meskipun ia bukan satu keadaan yang luar biasa tetapi ia tetap dianggap satu cabaran kerana ekspedisi bergerak dengan 10 kenderaan secara serentak ditambah pula cara pemanduan penduduk tempatan yang agak berbahaya.

Sementara itu, Pengarah JWJ2, Zaid Muhammad Mohd. Rais berkata, ekspedisi akan berada di negara ini kira-kira tiga hari.

Sepanjang berada di Kemboja katanya, selain mengadakan lawatan di kawasan berkaitan Melayu, anggota ekspedisi juga akan mengadakan program berbentuk kebajikan serta misi kemanusiaan terutama di wilayah Kampung Cham antaranya di Kampung Semboa dan Kampung Jumnik.

"Di Kampung Jumnik, JWJ2 akan menumbangkan dua ekor lembu untuk tujuan akikah dan sedekah. Semua daging ini diagih-agihkan kepada penduduk setempat.

"Kedua-dua ekor lembu itu disumbangkan oleh Kelab Putera 1Malaysia dan Majma' Budaya dan Warisan Jawi (MBWJ)," katanya lagi.

Di kedua-dua kampung itu, anggota ekspedisi katanya, akan mengadakan perlawanan persahabatan bola sepak, sepak raga dan persembahan kebudayaan.

JWJ2 merupakan satu ekspedisi yang merentasi tujuh buah negara membabitkan perjalanan dari negara ini menuju ke Thailand, Kemboja, Vietnam, Laos, China dan Myanmar.

Program selama 25 hari itu dianjurkan Kelab Putera 1Malaysia, MBWJ serta disokong oleh Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.

Utusan Malaysia pula merupakan akhbar rasmi ekspedisi tersebut.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zuhur 1:03
Asar 4:25
Maghrib 7:00
Isyak 8:13



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.