saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 01/06/2011

Roslan: Nik Aziz mungkin idam jadi Perdana Menteri

KUALA LUMPUR 31 Mei - Mursyidul Am Pas, Datuk Seri Nik Abdul Aziz Mat diminta memberi penjelasan berhubung tindakan beliau mempertahankan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pelbagai isu moral yang sedang dihadapi.

Ketua Penerangan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Ruslan Kassim berkata, adakah tindakan itu berpunca daripada keinginan Menteri Besar Kelantan itu yang mahu menjadi Perdana Menteri jika pembangkang menang pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 nanti.

"Nik Aziz mungkin tahu bahawa Anwar tidak akan diterima sebagai Perdana Menteri kerana kes pertuduhan liwat yang sedang dihadapinya ketika ini.

"Maka, tidak mustahil beliau akan menawarkan diri untuk menjadi Perdana Menteri dan tidak ubah seperti cerita Musang Berjanggut lakonan Tan Sri P. Ramlee," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Dalam pada itu, mengulas mengenai Muktamar Tahun ke-52 Pas yang akan bermula esok, beliau berkata, semua pihak sudah maklum akan muslihat terselindung Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang menaja Mohamad Sabu adalah untuk kepentingan politik DAP semata-mata.

"Tujuannya hanya untuk menggunakan Pas sebagai alat untuk memecah-belah undi Melayu pada PRU 13 nanti.

"Begitu juga dengan tindakan Anwar yang menaja Kumpulan Awarinas adalah untuk mendapatkan perlindungan Pas dalam kes yang sedang dihadapinya sekarang," katanya,

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:39
Zuhur 1:13
Asar 4:37
Maghrib 7:22
Isyak 8:36



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.