saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 02/06/2011

Petisyen bantah konsert MTV World Stage

SHAH ALAM 1 Jun – Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad hari ini melancarkan petisyen untuk mengumpulkan tandatangan penduduk bagi membantah tindakan Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor meluluskan penganjuran konsert MTV World Stage di i-City di sini pada 24 Julai ini.

Beliau berkata, tandatangan penduduk Shah Alam itu akan dikumpul selama sebulan bermula hari ini dan akan diserahkan kepada Pejabat Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menjelang hujung bulan ini.

“Tandatangan penduduk itu akan dikumpul menerusi pertemuan dengan penduduk menerusi masjid-masjid serta persatuan penduduk di kawasan bandar raya ini, selain mereka boleh menandatangani petisyen berkenaan melalui blog saya.

“Ia bagi menyuarakan bantahan kami terhadap penganjuran konsert itu kerana kami berpendapat bahawa ia tidak sesuai diadakan di i-City,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sebelum ini, Khalid telah beberapa kali menyuarakan bantahannya terhadap penganjuran MTV World Stage, tetapi ia tidak dihiraukan oleh Kerajaan PKR Selangor yang tetap bertegas mahu konsert bertaraf antarabangsa itu diteruskan.

Dalam satu mesyuarat yang diadakan minggu lalu, kepimpinan Pas Selangor juga sebulat suara membantah penganjuran konsert tersebut.

Pada satu sidang media yang dihadiri oleh Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Mohd. Jaafar Mohd. Atan pada 18 Mei lalu, MTV telah mengesahkan kehadiran kumpulan rock antarabangsa, 30 Seconds To Mars yang akan beraksi bersama kumpulan rock tempatan, Pop Shuvit.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.