saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 02/06/2011

Pengorbanan Orang Ulu amat dihargai

PUTRAJAYA 1 Jun - Datuk Seri Najib Tun Razak merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada 11,000 kaum pribumi Orang Ulu di Sungai Balui, Sarawak yang sanggup berpindah demi merealisasikan pembangunan Projek Hidroelektrik Bakun bernilai kira-kira RM7 bilion itu.

Ucapan terima kasih tidak terhingga turut dirakamkan Perdana Menteri bukan sahaja untuk kaum pribumi itu tetapi seluruh penduduk Negeri Kenyalang.

"Mereka (rakyat Sarawak) terutama kaum pribumi sanggup berpindah dari kawasan tapak projek dan kawasan tadahan air ke penempatan semula yang disediakan," katanya berucap pada majlis menandatangani Perjanjian Pembelian Tenaga di antara Sarawak Hidro Sdn. Bhd. dan Sesco Bhd. di sini.

Beliau berkata, suku kaum itu telah memberikan pengorbanan yang besar serta sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada kerajaan kerana sanggup berpindah.

Katanya, kaum pribumi Orang Ulu di hulu dan hilir Sungai Balui telah dipindahkan secara berperingkat dari 15 buah rumah panjang ke kawasan penempatan semula yang disediakan di Kampung Sungai Asap, Bakun.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.