saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 03/06/2011

PM sampaikan ucapan khas pada WIEF di Kazakhstan

03/06/2011 9:28pm

KUALA LUMPUR 3 Jun – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan menyampaikan ucapan khas pada Forum Ekonomi Islam Sedunia (WIEF) di Astana, Kazakhstan, Isnin ini.

Presiden Kazakhstan, Nursultan Nazarbayev; Perdana Menteri Kazakhstan, Karim Massimov; Presiden Djibouti, Ismail Omar Guelleh; Perdana Menteri Bahrain, Putera Khalifa bin Salman Al Khalifa; Perdana Menteri Tajikistan, Oqil Oqilov; dan Naib Presiden Indonesia, Prof Dr Boediono juga akan menghadiri forum itu.

"Kami merasa teruja WIEF diadakan di Kazakhstan dan menanti-nanti kehadiran Perdana Menteri Najib dan usahanya untuk merapatkan hubungan antara Malaysia, Kazakhstan dan negara-negara lain dalam dunia Islam,” kata Pengerusi Yayasan Forum Ekonomi Islam Sedunia, Tun Musa Hitam.

Dengan tema ”Globalising Growth: Connect, Compete, Collaborate (Mensejagatkan Pertumbuhan: Berhubung, Bersaing, Bekerjasama)” ini merupakan tahun pertama forum itu diadakan di luar rantau Asia Tenggara dan Asia Barat, mencerminkan jangkauan global WIEF yang semakin luas, kata Musa dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata acara tahun ini akan mengetengahkan peluang-peluang pelaburan luas yang ada di Kazakhstan serta memupuk perkongsian rentas sempadan yang kukuh antara anggota Komanwel Negara-Negara Merdeka (CIS) dan negara-negara lain di dunia, khususnya negara-negara Islam yang lain. – Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.