saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 03/06/2011

JWJ2 memulakan pengembaraan di Vietnam


Deretan kenderaan JWJ2 berada di hadapan pejabat imigresen kerajaan Vietnam sebelum memasuki negara itu di Chau Doc, Vietnam, semalam.


CHAU DOC, Vietnam 2 Jun – Ekspedisi Jejak Warisan Jawi II (JWJ2) memulakan pengembaraannya di Vietnam hari ini selepas kumpulan pacuan empat roda itu melawat Kemboja selama tiga hari dalam usaha menjejaki susur galur sejarah Melayu dan Islam di negara ini.

Walaupun tempoh tiga hari berada di Kemboja boleh dianggap singkat tetapi ia memberi pengalaman cukup bermakna bagi semua anggota ekspedisi apabila mereka berjaya bertemu dengan saudara sebangsa dan seagama di beberapa kampung seperti Kampung Semboa dan Jumnik di Wilayah Kampong Cham.

Di samping itu pada kesempatan lawatan tersebut JWJ2 turut menghulurkan bantuan dalam bentuk bantuan makanan, al-Quran dan fidyah sumbangan Lembaga Zakat Selangor (LZS) kepada pihak yang memerlukan bantuan.

Apatah lagi sebahagian besar penduduk Islam di Kemboja hidup dalam keadaan miskin.

Sepanjang pengembaraan di Kemboja, JWJ2 terpaksa berhadapan dengan pelbagai cabaran terutama keadaan jalan bertanah merah dari satu destinasi ke satu destinasi lebih 30 kilometer.

Malah sebuah kenderaan anggota konvoi mengalami kerosakan apabila gandar tayar kanan patah ketika berada di bandar Seim Reap.

Bagaimanapun kerosakan yang dialami itu tidak mematahkan anggota-anggota ekspedisi meneruskan pengembaraan mereka.

Kenderaan pacuan empat roda itu kemudian berjaya disiapkan dalam tempoh 18 jam hasil usaha mekanik JWJ2, Ahmad Tarmizi Abdul Wahab, mekanik dan penduduk tempatan.

Pada pagi ini iaitu sebelum JWJ2 memasuki Vietnam, anggota ekspedisi sempat mengunjungi Duta Besar Malaysia ke Kemboja, Datuk Pengiran Mohd. Hussein Datuk Mohd. Tahir Nasaruddin di Kedutaan Besar Malaysia di Phnom Penh, ibu negara Kemboja.

Ketika ditemui selepas satu majlis ringkas di pejabatnya itu, Mohd. Hussein berkata, beliau berharap ekspedisi JWJ2 selamat dalam pengembaraan seterusnya berjaya mencapai matlamat yang telah ditetapkan.

‘‘JWJ2 telah melakukan satu pekerjaan yang amat murni. Mereka sanggup datang dari jauh untuk bertemu dengan saudara seagama di sini untuk melihat sejarah bangsa dan Islam yang begitu panjang selain membawa misi bantuan kemanusiaan.

‘‘Saya doakan pengembaraan JWJ2 berjalan lancar sehinggalah pada hari yang terakhir ekspedisi,” ujarnya.

Sementara itu di Vietnam, JWJ2 dijadual bertemu dan beramah mesra dengan penduduk Melayu Vietnam di Wilayah Ang Giang pada petang ini.

Seperti di Kemboja, mereka akan mengkaji sejarah Melayu di wilayah itu serta memberi sumbangan kepada pihak memerlukan.

JWJ2 juga akan mengadakan persembahan kebudayaan Melayu untuk ditampil bagi tatapan penduduk setempat.

JWJ2 merupakan satu ekspedisi menyusur sejarah budaya Melayu dan Islam merentasi tujuh buah negara membabitkan perjalanan dari negara ini menuju ke ke Thailand, Kemboja, Vietnam, Laos, China dan Myanmar.

Program selama 25 hari itu dianjurkan oleh Kelab Putera 1Malaysia, Majma’ Budaya dan Warisan Jawi (MBWJ) serta disokong oleh Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.

Utusan Malaysia pula merupakan akhbar rasmi ekspedisi tersebut. – UTUSAN

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zuhur 1:03
Asar 4:25
Maghrib 7:00
Isyak 8:13



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.