saya nak baca ..

KORPORAT


ARKIB : 04/06/2011

Kepuasan diri dengan berbakti


Munirah Abdul Hamid


KUALA LUMPUR 3 Jun - ''Sekiranya seseorang itu mencintai kerja dan ikhlas dalam menjalankannya, dia akan beroleh kejayaan. Lagipun, tangan yang memberi itu lebih baik dari yang menerima.''

Itu pegangan Pengarah Eksekutif Malaysia Genomic Resource Centre Bhd.(MGRC), Munirah Abdul Hamid.

Tidak menghairankan apabila anak kelahiran Alor Setar, Kedah kini memiliki perniagaan yang cukup stabil dan turut berkembang luas.

Beliau yang merupakan anak bongsu daripada sembilan beradik ini juga sentiasa peka terhadap mereka yang tidak bernasib baik.

Mengambil semangat arwah ibunya yang suka menolong orang, pada usia yang menjangkau 60 tahun, Munirah bersama rakan-rakan sekolahnya telah memulakan satu projek yang dinamakan Pertiwi Soup Kitchen bagi menyediakan makan minum secara percuma kepada insan-insan gelandangan terutamanya di ibu kota.

Pertiwi Soup Kitchen ditubuhkan pada Mac tahun lalu bagi memastikan insan gelandangan di ibu kota tidak disisihkan dan kelaparan.

''Ia inisiatif diri saya dan rakan-rakan sekolah saya, dengan sokongan sepenuhnya oleh Ahli Jawatan Kuasa Pertubuhan Tindakan Wanita Islam (Pertiwi), kerana menyedari masih ramai di antara kita yang tidak mendapat kehidupan sempurna terutamanya di ibu kota.

''Saya faham bagaimana berada dalam keadaan perut kosong seharian kerana saya mengalami perut yang sensitif dan adakalanya tidak dapat makan disebabkan masalah pencernaan."

''Keadaan perut kosong boleh menyeksakan dan amat menyentuh perasaan saya sehingga tercetus kesedaran dalam diri untuk menolong golongan yang tidak bernasib baik yang kerap berada dalam keadaan perut kosong,'' katanya.

Beliau berkata demikian kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Pertiwi Soup Kitchen menyediakan makanan dan minuman kepada insan gelandangan empat malam seminggu di Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Kota Raya di sini.

Sehingga kini, kira-kira 350 insan gelandangan mendapatkan perkhidmatan makanan percuma tersebut setiap malam Ahad, Isnin, Rabu dan Jumaat.

''Pada mulanya, mereka malu-malu dengan saya, tetapi setelah dilayan seperti keluarga, mereka berani dan berkeyakinan untuk berbual dan berkongsi pengalaman masing-masing,'' katanya.

Beliau menambah, Pertiwi Soup Kitchen tidak memberi bantuan kewangan sebaliknya hanya makanan dan minuman kepada insan gelandangan.

Ditanya mengapa beliau tidak berkecimpung dalam jurusan undang-undang, Munirah berkata ,jurusan itu sebenarnya membantu beliau untuk lebih berdisiplin dalam bekerja dan membentuk pemikiran yang objektif.

''Saya tidak pernah berasa rugi kerana tidak menjadi peguam, sebaliknya sentiasa berfikir bagaimana ilmu pengetahuan serta pengalaman yang saya dapat, memperbaiki penglibatan saya dalam bidang perniagaan,'' ujarnya.

Malah, katanya, beliau juga merupakan seorang yang amat simpati terhadap semua tetapi tegas dalam pendirian.

Munirah yakin dengan usaha bekerja keras untuk kepentingan manusia.

Melalui MGRC, beliau menumpukan semua minat, hasrat dan tenaga terhadap pemahaman maklumat dari data genetik, untuk kepentingan Malaysia terutama berkaitan dengan kesihatan, pertanian dan bioteknologi.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:44
Zohor 1:19
Asar 4:45
Maghrib 7:28
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.