saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 04/06/2011

Perkasa cabar Husam saman Kickdefella

KUALA LUMPUR 3 Jun - Exco Kerajaan Pas Kelantan, Datuk Husam Musa dicabar mengambil tindakan mahkamah sekiranya pendedahan yang dibuat oleh penulis blog, Kickdefella atau Syed Azidi Abdul Aziz mengenai pemberian wang berjumlah RM350,000 adalah tidak benar.

Ketua Penerangan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Ruslan Kassim berkata, Husam juga perlu berani mengatakan bahawa apa yang disebut oleh Syed Azidi itu adalah satu pembohongan dan bukannya sekadar menafikan begitu sahaja.

"Saya yakin Husam tidak berani berbuat demikian sebab ia akan membuka ruang untuk Syed Azidi pula mengemukakan saman. Maka lebih banyak perkara berhubung pemberian wang ini akan terbongkar," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi kepada penafian Husam semalam bahawa beliau ada memberi wang sebanyak RM350,000 kepada Syed Azidi untuk menjelaskan kos tertunggak dan pampasan selepas kontraknya di Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) ditamatkan pada 10 November 2009.

Ruslan menambah, sekiranya Husam tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap Syed Azidi, maka rakyat boleh mempertikaikan moral dan prinsip politik yang diperjuangkan beliau selama ini.

Lebih memalukan kata beliau, Husam sebelum ini sering dilihat sebagai anak emas Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Azik Nik Mat dan disebut-sebut calon paling layak menggantikan Nik Abdul Aziz sebagai Menteri Besar Kelantan.

"Jika beliau tidak berani mengambil tindakan mahkamah, maka Husam tidak berbeza dengan individu lain yang hanya sekadar menafikan tanpa menunjukkan sebarang bukti," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.