saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 04/06/2011

Seni khat mendamaikan

Melalui konsep tersebut, pelukis boleh menambahkan sentuhan dua atau tiga dimensi kepada setiap subjek dan objek bagi menyampaikan mesej-mesej berdasarkan nilai estetik yang kreatif.

Ada di antara pelukis lebih gemar bertemankan lukisan alam semula jadi, potret, abstrak ataupun tema lain tetapi lukisan kaligrafi khat kontemporari agak jarang dan lazimnya hanya dilukis sebagai koleksi peribadi sahaja.

Lain pula buat seniman, Agus Baqul Purnomo yang berasal dari Indonesia. Beliau menjadikan kaligrafi khat sebagai tema buat karya terbarunya yang bertajuk Universe.

Agus berkata, idea menggunakan tema tersebut timbul selepas beberapa kali percubaan terhadap subjek berunsurkan huruf dan angka.

"Sebelum ini, saya pernah menghasilkan lukisan berunsurkan kaligrafi menggunakan huruf-huruf kapital dan angka-angka sebagai objek lukisan.

"Tetapi dalam dua tahun terakhir ini, saya lebih banyak mengeksplorasi tema kaligrafi khat kerana ia sangat indah dan artistik bentuknya.

"Bagi saya, ketebalan dan kenipisan kaligrafi khat umpama alur sungai yang mengalir meliuk-liuk meninggi dan menurun," katanya.

Selain itu, antara sebab lain mengapa beliau menggunakan tema tersebut ialah kerana seni tersebut semakin kurang diminati ramai.

"Tulisan khat semakin kurang diminati apatah lagi lukisan yang bertemakan keislaman.

"Hal ini yang membuatkan saya tertarik untuk melakukan penjelajahan visual menggunakan seni itu," jelasnya.

Beliau berkata, setiap karyanya itu dilukis berdasarkan potongan ayat suci al-Quran.

Antaranya seperti surah Al-Buruuj (buruj), Al-Lail (malam), Al-Zalzalah (gempa bumi), An-Naba (pengumuman), An-Nahl (lebah) , An-Najm (bintang), Ar-Rahman (maha pemurah), Asy-Syamsi (matahari) dan Az-Zariyat (angin).

"Saya memilih potongan ayat suci al-Quran dengan menyesuaikan tema yang akan saya lukiskan tanpa mengubah ayat asalnya.

"Saya mengambil potongan ayat-ayat yang menceritakan tentang kejadian alam semesta seperti bumi, langit dan bintang," ujarnya.

Berkongsi pengalaman ketika menghasilkan lukisan tersebut, Agus berkata karyanya itu memberikan manfaat kepada beliau.

"Selama ini saya tidak pernah merasakan perkara-perkara ganjil yang nyata ketika melukis kaligrafi khat tersebut tetapi ia mendatangkan manfaat kepada saya.

"Ini kerana, setiap kali saya berulang-ulang melukisnya di atas kanvas, huruf demi huruf itu membuatkan saya terbiasa dengannya dan secara automatik saya menghafalnya melalui lukisan secara tidak sengaja.

"Malah kini saya sudah mahir menulis dalam bahasa Arab tanpa perlu belajar," jelasnya.

Menurutnya, seni kaligrafi khat pada masa kini kurang diminati masyarakat yang beragama Islam kerana mereka lebih berminat terhadap seni moden berbanding karya khat.

"Kaligrafi khat kurang di minati kerana ia kurang berinovasi dan pelukis-pelukis masa kini juga kurang menerokai seni tersebut kerana tulisan itu jarang digunakan pada masa kini.

"Sebagai seorang pelukis, kita perlu terokainya dari segi bentuk dan komposisi warna. Pelukis juga harus berani membuat satu formula visual yang berbeza dari bentuk dan gaya yang terdahulu.

"Dengan kata lain, sebagai seorang seniman harus menciptakan gaya yang asli dan segar bersesuaian dengan tuntutan jiwa zaman sekarang," katanya.

Tambahnya, bagi menarik kembali minat masyarakat beragama Islam untuk meminati seni tersebut, pameran-pameran seni berunsurkan kaligrafi harus diperhebatkan lagi.

"Pameran seni kaligrafi khat yang diselenggarakan terus menerus secara tidak langsung akan mengingatkan dan mengembalikan keghairahan dan kecintaan umat Islam terhadap seni kaligrafi itu.

"Insya-Allah, seni kaligrafi khat akan setanding dengan seni yang lain," jelasnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:49
Zohor 1:22
Asar 4:46
Maghrib 7:30
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.