saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 05/06/2011

Taman Tema Upin dan Ipin di Ipoh


ZAMBRY Abdul Kadir bersama maskot Upin dan Ipin serta pengunjung Karnival ICT Bersama Upin dan Ipin di Ipoh, semalam.


IPOH 4 Jun - Impian untuk melihat kewujudan Taman Tema Upin dan Ipin di negeri ini hampir menjadi kenyataan apabila kerajaan negeri merestui cadangan yang dikemukakan syarikat yang menghasilkan siri animasi itu, Les' Copaque Production Sdn. Bhd. (Les' Copaque).

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, beliau telah meminta Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PNKP) untuk membantu Les' Copaque mendapatkan tapak sesuai bagi pembinaan taman tema yang dianggarkan menelan kos sebanyak RM200 juta itu.

"Pengurus Les' Copaque, Burhanuddin Md. Radzi telah membentangkan kertas cadangan pembinaan Taman Tema Upin dan Ipin kepada saya bulan lepas.

"Secara dasarnya, kerajaan negeri bersetuju kerana idea tersebut menarik dan menyakinkan, apatah lagi watak Upin dan Ipin telah menjadi fenomena," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Karnival Komunikasi dan Teknologi Maklumat (ICT) Bersama Upin dan Ipin di Stadium Indera Mulia, di sini, hari ini.

Sebelum ini, Les' Copaque dilaporkan bercadang membangunkan taman tema ala Disneyland yang berkonsepkan siri animasi Upin dan Ipin di Perak.

Syarikat tersebut dilaporkan sedang berbincang dengan KPerak Implementation and Coordination Corporation (KPerak) mengenai lokasi sesuai untuk pembinaan taman tema yang mampu merancakkan industri pelancongan di negeri ini yang sudah mempunyai taman tema air Lost World of Tambun.

Zambry berkata, Les' Copaque akan menyerahkan laporan kajian prospek projek taman tema itu kepada kerajaan negeri dalam masa terdekat ini.

"Laporan itu bertujuan memastikan projek taman tema itu mampu memberi pulangan dan keuntungan kepada kedua-dua belah pihak. Saya yakin dengan cadangan tersebut kerana kekukuhan pengaruh watak Upin dan Ipin yang mendapat sambutan daripada pelbagai kaum bukan sahaja di negara ini malah di Indonesia," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:22
Asar 4:44
Maghrib 7:30
Isyak 8:43



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.