saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 06/06/2011

Malaysia, Kazakhstan tingkat kerjasama dua hala

ASTANA 5 Jun - Malaysia dan Kazakhstan dijangka memperkukuhkan komitmen ke arah meningkatkan lagi kerjasama dua hala dalam pelbagai bidang bagi kepentingan dan faedah bersama.

Komitmen itu akan dinyatakan dalam pertemuan empat mata di antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan rakan sejawatnya, Karim Massimov.

Kedua-dua pemimpin itu juga akan menyentuh pelbagai isu yang membabitkan kepentingan hubungan dua hala terutamanya aspek perdagangan.

Perkara ini dinyatakan oleh Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman kepada wartawan Malaysia pada sidang akhbar di Rixos President Hotel, di sini hari ini. Turut serta Duta Besar Malaysia ke Kazakhstan, Datuk Ahmad Rasidi Hazizi.

Najib tiba di bumi Astana dengan dua misi. Satu, mengadakan lawatan rasmi sulung dua hari ke negara ini bagi memenuhi jemputan Presiden Kazakhstan, Nursultan Nazarbayev bermula Isnin ini.

Kedua, untuk menyampaikan ucaptama Rabu ini dalam Forum Ekonomi Islam Dunia (WIEF) kali ketujuh di sini.

Anifah berkata, hubungan akrab yang sedia terjalin di antara pemimpin kedua-dua buah negara itu memudahkan lagi kerjasama bisnes kepada pelabur swasta.

"Kini terpulang kepada pelabur swasta Malaysia untuk merebut peluang dan mengambil kesempatan hasil daripada platform yang disediakan kerajaan ini," kata Menteri Luar itu lagi.

Beliau berkata, banyak peluang yang boleh diterokai antaranya termasuklah industri pelancongan, pendidikan, telekomunikasi dan maklumat serta pembinaan.

Sehubungan itu, beliau berpendapat, inilah masa yang paling sesuai untuk pelabur Malaysia melabur ke negara kesembilan terbesar dunia itu.

"Banyak peluang dan potensi untuk diterokai terutamanya bila terbentuk Kesatuan Kastam di antara Kazakhstan, Belarus dan Rusia membabitkan lebih 180 juta penduduk. Peluang yang ada amat besar," kata Anifah.

Beliau menarik perhatian, terdapat lebih 2,000 pelajar Kazakhstan menuntut di institusi pengajian tinggi di Malaysia. Jumlah pelajar dari negara itu diyakini meningkat pada tahun-tahun akan datang.

Sektor pelancongan pula, katanya, antara bidang yang turut diberikan perhatian memandangkan, pada tahun 2010, terdapat lebih 9,000 pelancong Kazakh mengunjungi Malaysia.

Soal mengadakan kekerapan penerbangan kedua-dua buah negara juga menjadi tumpuan. Ketika ini, penerbangan dua kali seminggu menggunakan Air Astana dari Kuala Lumpur ke Almaty dan sebaliknya. - UTUSAN

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.