saya nak baca ..

SELATAN


ARKIB : 06/06/2011

Abdul Latif dakwa masih sah Undang Luak Naning




ALOR GAJAH 5 Jun - Undang Luak Naning ke-19, Datuk Abdul Latif Hashim (gambar) mendakwa beliau tidak pernah digugurkan jawatannya oleh Lembaga Adat Naning seperti yang digembar-gemburkan beberapa pihak sebelum ini.

Menurutnya, pelantikan beliau sebagai Undang Luak Naning yang membawa gelaran Datuk Orang Kaya Seri Maharaja Merah adalah pewaris takhta yang sah menerusi Adat Perpatih Naning dan tidak pernah digugurkan pesakanya.

Beliau melalui Setiausaha Adat, Datuk Paduka Setia Md. Lajis Tambi berkata, kenyataan yang mendakwa Abdul Latif telah digugurkan dari jawatan Undang Luak Naning ke-19 itu adalah fitnah dan mempunyai niat buruk untuk menjatuhkannya.

"Laporan media yang menyatakan Lembaga Adat Naning telah bersepakat meluruhkan pesaka Datuk Naning adalah tidak benar kerana Lembaga Adat Naning yang diiktiraf tidak pernah mengeluarkan kenyataan sedemikian," katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Md. Lajis berkata, menerusi laporan yang disiarkan itu, imej institusi Adat Perpatih Naning telah tercalar dan menimbulkan kerisauan di kalangan masyarakat.

Mengulas mengenai majlis penyampaian Anugerah Kebesaran Adat Perpatih Naning yang berlangsung pada 24 Mei lalu yang didakwa sebagai tidak sah, beliau menegaskan, anugerah yang diberikan kepada 43 penerima itu adalah sah menerusi Adat Perpatih Naning.

Berdasarkan adat berkenaan katanya, Undang Luak Naning mempunyai hak untuk memberikan Anugerah Pesaka Waris kepada orang adat di 25 mukim dalam Alor Gajah dan Jasin.

Bagi Anugerah Pesaka Melayang pula katanya, ia diberikan kepada orang luar yang pernah berjasa kepada Undang Luak Naning.

"Majlis penganugerahan ini diiktiraf dalam Adat Perpatih Naning dan tidak menyalahi undang-undang serta tidak ada kena-mengena dengan perlembagaan negeri," katanya.

Justeru, pihaknya kini telah mendapatkan nasihat peguam dan bercadang akan mengambil tindakan mahkamah kepada pihak terlibat yang didakwa telah memfitnahnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.