saya nak baca ..

FORUM


ARKIB : 07/06/2011

MACS di Tambak Johor gagal?

MALAM Jumaat seperti biasa saya masuk ke Singapura untuk mengambil isteri yang tinggal di sana dan juga warga Singapura. Jam di radio kereta menunjukkan pukul 12.20 malam.

Bangga melalui CIQ Sultan Iskandar yang baru walaupun sudah kelihatan ada kerosakan yang berlaku; jalan berlubang, jalan tidak rata, palang keluli kaunter sudah rebah.

Dari atas jambatan bengkok yang saya banggakan itu sudah kelihatan lampu kereta dari arah Woodlands, sepanjang tambak hingga ke CIQ kita, sangkut tidak bergerak.

Kenapa ia berlaku? Sepatutnya dengan kemudahan berbilion ringgit menggunakan wang rakyat, perkara ini perlu dielakkan.

Ini adalah imej negara, pintu masuk dari selatan yang berjiran dengan negara maju sepatutnya mesti sangat efisien dalam urusannya.

Pagi Sabtu esoknya pukul 6, saya berbual dengan isteri sebelum balik ke Johor Bahru. Saya ceritakan kesesakan yang berlaku malam tadi.

Kata isteri saya, masalahnya ialah kerana ramai yang tidak menggunakan Sistem Kawalan Automasi Keluar Masuk Malaysia (MACS). Isteri saya biasanya menaiki bas ke Johor Bahru, dia diperlukan mengimbas dua jari telunjuk untuk masuk ke Malaysia, perlu tunggu pelekat dicetak dan ditampal pada pasport, itulah punca sesak di tambak dan CIQ Malaysia.

Pagi itu saya mengalami sendiri keadaan ini, berderet kereta di kaunter pemeriksaan. Kelihatan ramai pelawat keluar dari kereta berpendaftaran Singapura untuk mengimbas jari telunjuk mereka, sesak lagi.

Bayangkan jika satu MPV memuatkan tujuh orang (itu yang belum kapasiti 12 orang dan kebanyakan warga Singapura menggunakan MPV), semua kena keluar untuk imbas jari mereka di kaunter yang direka bentuk untuk laluan kereta sahaja.

Bayangkan masa yang diperlukan untuk urusan ini. Betul-betul lambat, rimas dan melecehkan.

Persoalannya? Adakah mereka yang bertanggungjawab dalam mengendalikan sistem ini tidak nampak, ambil ringan dan tidak berfikir dengan fikiran yang logik betapa sistem yang tidak relevan ini semakin membuat Tambak Johor sesak teruk, (walaupun dicanangkan ia hanya mengambil masa 1 minit 20 saat bagi seorang pelawat) mereka seharusnya boleh berfikir kerana mereka bekerja di situ setiap hari.

Tiadakah pegawai peringkat tinggi yang terlibat dapat memberi maklum balas dengan keadaan ini.

Mereka seharusnya tahu, ini adalah laluan pemeriksaan Malaysia-Singapura, dengan pelawat dan trafik kenderaan berpuluh ribu sehari, keadaan pasti berbeza dengan mana-mana CIQ yang lain.

Sepatutnya sistem ini semakin membantu walaupun dikhabarkan sistem ini sangat bagus.

Bagus kalau lambat dan tidak relevan tidak berguna juga.

Itulah yang sepatutnya difikirkan sebelum sistem ini dibeli dan digunakan.

Dipendekkan cerita. Pada saya sebagai pemerhati dan isteri sebagai pelawat, sistem ini adalah gagal dalam memudahkan urusan serta menjadi kritikan sinis dan gelak para pelawat.

Paling yang tidak digemari ia menjejaskan imej negara, itu yang pasti.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:44
Zohor 1:19
Asar 4:45
Maghrib 7:28
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.