saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 07/06/2011

Temui Suria Di Cordoba


GANDINGAN Sari Yanti, Ady Putra (kiri) dan Fahrin Ahmad dalam Suria Di Cordoba.


MULAI pukul 9 malam ini penonton setia saluran Astro Prima berpeluang mengikuti drama bersiri, Suria Di Cordoba, arahan Mohamed Feroz Kadir.

Drama 26 episod yang berkisar tentang kemanusiaan, terbitan Global Station Sdn. Bhd., itu menggandingkan Sari Yanti sebagai Suria Khadijah Parker, Ady Putra (Indra Puta), Fahrin Ahmad (Tengku Huzir), Lisdawati (Dr. Roziah), Alif Satar (Rudy) dan Rahimah Rahim sebagai arwah ibu Suria.

Menurut Mohamed Feroz, 60 peratus daripada adegan drama itu menjalani penggambaran di bandar raya Cordoba dan Madrid, Sepanyol, sementara selebihnya di tanah air.

"Sekitar pertengahan Mac lalu, kami menjalani penggambaran selama 10 hari termasuk empat hari di Cordoba. Alhamdulillah, sepanjang berada di sana, semuanya berjalan lancar.

"Penggambaran dilakukan di sana bukan hanya kerana ia sesuai dengan jalan cerita tetapi kami juga ingin mengembalikan nostalgia tempat-tempat yang pernah menjadi kegemilangan pada era kemasyhuran Islam," katanya.

Katanya, drama kerohanian yang berkisar tentang seorang aktivis turut membicarakan perihal cinta terhadap Tuhan dan kasih sesama manusia.

Malah drama itu banyak menyelitkan elemen kekeluargaan dan permasalahan harian yang boleh dijadikan iktibar.

Beliau yakin tarikan utama drama ini bukan sekadar terletak pada barisan pelakon dan latar belakang yang menarik tetapi juga jalan ceritanya yang kemas.

"Idea asal jalan cerita Suria Di Cordoba diilhamkan oleh Mahizan Hussain dan kemudian diolah semula untuk disesuaikan sebagai drama bersiri.

"Setiap episod disiarkan selama sejam," katanya.

Sementara itu, Pengurus saluran Astro Prima, Nizam Sani berkata, Suria Di Cordoba yang disiarkan untuk slot Qaseh menggantikan drama Dia Atilia.

Katanya, dengan barisan pelakon yang mantap dan jalan cerita menarik, Suria Di Cordoba mampu memikat dan memberi impak kepada penonton.

"Drama ini bukan sekadar hiburan tapi turut diselit pengajaran. Selain itu, setiap kali menonton, kita juga akan teruja melihat tempat-tempat menarik yang suatu ketika dulu pernah menjadi kemegahan umat Islam," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.