saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 07/06/2011

Bangga teruskan vokal MAY

KEHEBATAN MAY bukan setakat pada muzik heavy metal yang mereka ketengahkan. Sebaliknya, vokal di sebalik lagu-lagu mereka juga sukar dinafikan kehebatannya.

Selain kemantapan vokal Mus, MAY pernah menggunakan khidmat dua vokalis terkenal iaitu Yantzen Juniwan dan Oney sewaktu Mus menarik diri seketika daripada kumpulan itu.

Menurut Yantzen yang merupakan bekas vokalis kumpulan rock terkenal dari Singapura, Rusty Blade, dia bangga kerana mendapat peluang menyanyi bersama MAY dalam empat album.

"Saya bangga kerana MAY salah satu kumpulan rock legenda dari Malaysia yang masih aktif sampai sekarang seperti Search dan Wings. Saya anggap suatu penghargaan bersama MAY.

"Kemasukan saya dalam MAY bukan setakat menambahkan lagi pengalaman saya, malah ia turut mempelbagaikan lagi kelainan dalam album-album kumpulan tersebut," ujarnya.

Yantzen menyertai MAY sewaktu rakaman album kelima kumpulan itu berjudul Ziet Giest diikuti Wira Cyborg, Layar dan Ideologi dari tahun 1992 sehingga 1995.

Selain Yantzen, Oney seorang lagi vokalis yang pernah menyertai MAY bagi menggantikan penyanyi berasal dari Singapura itu yang ketika itu mempunyai komitmen lain.

Jelas Oney atau nama sebenarnya Mohd. Redzuan Abdul Aziz, dia tidak menyangka akan menyertai MAY kerana hanya menganggap kumpulan itu sebagai artis rock pujaannya.

"Sebelum ini, saya memang peminat kumpulan MAY. Tetapi saya tidak menyangka ditawarkan menjadi vokalis mereka selepas Yantzen keluar daripada kumpulan ini.

"Saya bukan sahaja gembira tetapi pada masa yang sama terpaksa memikul tanggungjawab besar dalam sebuah kumpulan ternama seperti MAY. Saya bersyukur kerana diterima peminat.

"Malah, anggota-anggota MAY yang lain juga banyak memberi semangat dan tunjuk ajar kepada saya. Saya anggap penyertaan dalam MAY sebagai impian menjadi kenyataan," jelasnya.

Oney menjadi vokalis MAY dalam album kesembilan kumpulan itu yang berjudul Penaklukan, diikuti album Keras dan Sinar yang banyak meninggalkan kenangan manis kepadanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.