saya nak baca ..

LUAR NEGARA


ARKIB : 07/06/2011

Humala menang jawatan Presiden Peru


Ollanta humala


LIMA 6 Jun - Bekas komander tentera berhaluan kiri, Ollanta Humala mengisytiharkan dirinya sebagai pemenang pilihan raya Presiden Peru semalam dan meraikan kemenangannya bersama-sama ribuan penyokong di tengah Lima hari ini sementara keputusan rasmi belum diterima sepenuhnya.

Keputusan rasmi setakat ini menunjukkan Humala mempunyai kelebihan undi tipis yang makin meningkat mengatasi lawannya yang berhaluan kanan, Keiko Fujimori, anak bekas Presiden Alberto Fujimori, selepas pengiraan cepat oleh tiga syarikat tinjauan meramalkan kelebihan itu antara dua hingga 4.4 peratus.

Humala memperoleh 50.7 peratus undi berbanding 49.3 peratus untuk Keiko Fujimori setelah lebih 80 peratus undi dikira, menurut badan pilihan raya rasmi, CPI.

Kemenangan Humala 'tidak boleh disangkal lagi', kata pengarah CPI, Manuel Saavedra.

"Keputusan sudah dikeluarkan, pengiraan cepat menunjukkan kita memenangi pilihan raya di Peru," teriak Humala, di tengah-tengah tepuk sorak para penyokongnya yang mengibarkan bendera Peru.

Humala, 48, dan Fujimori, 36, menarik sokongan dengan kempen mesra rakyat untuk membantu kira-kira satu pertiga daripada 29 juta penduduk negara ini yang masih hidup dalam kemiskinan meskipun Peru mencatatkan pertumbuhan ekonomi pesat hasil eksport bahan galian dalam tempoh sedekad lalu.

Baki undi dari wilayah terpencil di luar bandar dijangka memihak kepada Humala, untuk melebarkan lagi kelebihannya mengatasi Fujimori yang mendapat banyak sokongan golongan elit konservatif di bandar. - AFP

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.